Artikel Terkini

Kapal Hantu: Misteri Kehilangan Kru Kapal Mary Celeste

Kapal Hantu: Misteri Kehilangan Kru Kapal Mary Celeste
Kapal Hantu: Misteri Kehilangan Kru Kapal Mary Celeste 1
Follow our Telegram

Banyak misteri berlaku semasa manusia bergantung pada kuasa angin sepanjang laluan laut. Pukulan ombak dan cuaca panas boleh mengganggu imbangan psikologi, sampai minda dimain habis.

Siasatan ketika itu pun belum tentu telus pada jalan saintifik. Kadangkala terselit pula unsur-unsur kepercayaan dan misteri sampai selamanya terabadi sebagai lagenda.

Salah satu lagenda yang sampai hari ini tiada jawapan adalah the Mary Celeste.

Kapal layer ini adalah jenis brigantine digunakan untuk perdagangan. Sebuah brigantine merupakan kapal layar yang lengkap dengan dua tiang untuk naikkan kain layar.

Kapal Hantu: Misteri Kehilangan Kru Kapal Mary Celeste 2
Contoh kapal brigantine.

Mary Celeste dilancarkan pada 18 Mei 1861 dengan nama Amazon. Pendaftarannya masih ada dalam simpanan bandar Parrsboro, iaitu 23 hari selepas pelancaran.

Tidak pasti kenapa kapal ini lambat daftar, mungkin begitu caranya untuk memastikan kapal betul-betul mampu berlayar (seaworthy).

Pada masa itu, Amazon adalah milik sebuah kumpulan sembilan orang yang menggunakannya untuk hantar kayu dari Benua Amerika ke London.

Perjalanan pertamanya sudah ada kematian, iaitu nakhoda sendiri. Robert McLellan jatuh sakit semasa memuat naik barangan.

Beliau meninggal dunia beberapa hari kemudian, dengan tampuk nakhoda diambil John Parker yang senang cakap menanggung sumpahan.

Amazon terlanggar banyak benda sepanjang perjalaannya. Walau bagaimanapun, Amazon selamat sampai di London. Dua tahun Parker bersama Amazon sebelum menyerahkan jawatannya kepada William Thompson.

Bertukar Tangan Secara Tidak Sengaja

Sebuah ribut memukul laut pada Oktober 1867. Terumbang ambing Amazon bertahan pada permukaan laut yang bergelora. Tiba satu masa, semua orang dalam kapal buat keputusan untuk keluar.

Kata mereka, Amazon takkan bertahan kerana sudah rosak teruk (Hicks, 2004).

Rangka kapal ditemui Alexander McBean yang menjualnya kepada Richard Haines. Memang betul rosak teruk. Haines membeli dengan harga AS$1,750.

Dan beliau mengeluarkan belanja sebanyak AS$8,825 untuk kerja baik pulih (Begg, 2007). Masa ini yang Amazon mendapat nama baru – Mary Celeste.

Tukar nama sekalipun, sumpahan masih ada. Kapal ini dirampas kerana Haines tidak membayar hutang.

Sesudahnya dapat tuan baru iaitu konsortium James Winchester. Masalahnya, konsortium ini pun tidak habis tukar ahli. Ada saja masalahnya.

Sedar sedar tengok kena keluarkan belanja AS$10,000 untuk ubah suai bagi besar. Dengan imej baru inilah kapal Mary Celeste diserahkan kepada nakhoda barunya, Benjamin Briggs.

Masalah Besar

Benjamin Briggs tiba untuk memantau muatan alkohol ketika kargo ini dinaikkan dalam kapal, yang berlabuh tidak jauh daripada sebuah brigantine Canada bernama Dei Gratia.

Kapal Hantu: Misteri Kehilangan Kru Kapal Mary Celeste 3
Keluarga Briggs yang naik Mary Celeste.

Pada 7 November 1872, Mary Celeste keluar meninggalkan New York. Hampir sebulan kemudian, Dei Gratia menghampiri pesisiran pantai Portugal. Dan di sini, Kapten David Morehouse ternampak sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan.

Apabila kapal tersebut menghampiri, Morehouse sedar sesuatu yang aneh: tiada siapa ada luar dan dalam kapal. Tengok nama Mary Celeste pada buritan kapal, Morehouse terkejut.

Semua anak kapalnya hilang tanpa sebarang bukti yang Mary Celeste ditimpa bala lanun. Kapal ini tidak bercalar langsung. Tiada perabot terbalik. Semua dalam keadaan rapi… kecuali satu benda saja: bot keselamatan.

Ada sesuatu yang berlaku. Morehouse jumpa sebilah pedang di bilik Briggs. Tetapi tiada satu alat navigasi laut ditemui.

Sampai hari ini, misteri menimpa Mary Celeste tidak terjawab kerana penyiasat dan sejarawan masih tidak boleh nafikan bahawa anak kapal tinggalkan kapal dengan rela hati (Wright, 2002).

Dan mereka hilang dan tidak muncul sampai sudah.

RUJUKAN:

Begg, P. (2007). Mary Celeste: The Greatest Mystery of the Sea. Pearson Education. Halaman 20.

Hicks, B. (2004). Ghost Ship: The Mysterious True Story of the Mary Celeste and her Missing Crew. Random House. Halaman 25.

Wright, D. (2002). Joyita: Solving the Mystery. Auckland University Press.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Kapal Hantu: Misteri Kehilangan Kru Kapal Mary Celeste 4[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list