Artikel Terkini

Kenapa Semalam Orang Cina Main Mercun?

Kenapa Semalam Orang Cina Main Mercun?
Kenapa Semalam Orang Cina Main Mercun? 1
Follow our Telegram

Tengah malam semalam sebenarnya telah memasuki hari ke-9 CNY di mana orang Hokkien akan menyembah Ti Kong (Mandarin: Tian Gong).

Sambutan adalah lebih meriah berbanding hari pertama CNY sebab Tian Gong adalah dewa tertinggi dalam kepercayaan orang Cina.

Tian Gong (天公) ialah Dewa Langit dalam sistem kepercayaan orang Cina. Nama rasminya Hao Tian Shang Di (昊天上帝), Taois panggil Yu Huang Da Di (玉皇大帝), Cina Selatan panggil Tian Gong. Semua merujuk kepada dewa yang sama.

Kenapa Semalam Orang Cina Main Mercun? 2

Disebabkan orang Cina anggap langit itu alam tertinggi, maka Dewa Langit dianggap sebagai dewa paling tinggi.

Dalam kepercayaan orang Cina yang asal tidak wujud tuhan pencipta. Dewa Langit juga merupakan makhluk dan dia mempunyai hari jadi.

Menurut Taois dan sub-etnik seperti Hokkien, hari jadinya jatuh pada hari ke-9 tahun baharu.

Kenapa 9? Sebab 9 dianggap digit paling besar dan mulia dalam metafizik Cina.

Tapi bagi sub-etnik seperti Hakka, hari jadi Tian Gong jatuh pada hari pertama CNY.

Tapi cara orang Hokkien menyambut hari jadi Tian Gong adalah lebih well known di Malaysia. Salah satu sebabnya ialah Hokkien merupakan majoriti di kalangan Cina Malaysia (hampir 40%).

Orang Hokkien juga mempunyai legenda berkaitan Tian Gong yang dikatakan berlaku semasa Dinasti Ming (1368-1644).

Dinasti Ming terkenal dengan masalah serangan Wokou (lanun Jepun), dan wilayah Fujian (Hokkien) merupakan tempat yang paling dahsyat diserang.

Kenapa Semalam Orang Cina Main Mercun? 3

Diriwayatkan semasa orang Hokkien lari daripada Wokou, muncul satu hutan tebu yang menjadi tempat perlindungan mereka. Mereka selamat dan keluar daripada hutan tersebut pada hari ke-9 CNY.

Maka orang Hokkien menjadikan hari itu sebagai hari berterima kasih kepada Tian Gong.

Bunyi perkataan “tebu” (kam chia) juga hampir dengan “terima kasih” (kam sia) dalam Bahasa Hokkien. Jadi ia dianggap sebagai bahan yang paling sesuai untuk tujuan penyembahan.

Perasan tak bunyi “kam sia” lebih kurang sama dengan “kamsa” dalam Bahasa Korea?

Tak perlu ragu, kedua-dua perkataan berasal dari 感謝. Sebutan Hokkien lebih hampir dengan Korea sebab kedua-dua Hokkien dan Korea ikut sebutan Middle Chinese, tetapi Mandarin tidak (jadi “gan xie”, pelik semacam).

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Kenapa Semalam Orang Cina Main Mercun? 4[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list