Artikel Terkini

Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital — MYKMU.NET

Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital — MYKMU.NET
Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital — MYKMU.NET 1

Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital — MYKMU.NET 2

Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital

Kerajaan digesa untuk menambah saluran sah labur mata wang kripto di Malaysia bagi mengoptimumkan pelaburan mata wang digital berkenaan yang semakin berkembang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CODAM, Raja Daniel Matiin Raja Nordin, saluran sah atau pun Digital Asset Exchange (DAX) yang ada di Malaysia ketika ini mengehadkan peluang pelabur untuk melabur dalam lebih 16,000 mata wang kripto yang mempunyai potensi.

Jelasnya, antara platform dilesenkan setakat ini oleh Suruhanjaya Syarikat adalah Luno Malaysia, Sinergy Technologies dan Tokenize Tehcnology yang hanya membenarkan pelaburan dilakukan ke atas matawang digital seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin, dan XRP.

“Kerajaan perlu pertimbangkan semula untuk meletakkan Malaysia dalam peta kripto, kerana matawang digital mempunyai naik dan turun sangat mendadak yang menunjukkan ia mempunyai potensi yang sangat tinggi.

“Ketika ini DAX yang diberi lesen hanya lima atau empat sahaja, manakala matawang digital hanya lima atau enam sahaja sedangkan ada lebih 16,000 mata wang kripto yang mempunyai potensi.

“Tentulah kepada yang baru melabur, tidak akan membeli kripto seperti Bitcoin, tetapi mahu membeli coin yang berharga RM0.10, RM5 dan sebagainya, tapi itu tak dapat dilakukan,” jelasnya ketika ditemu bual di AWANI Pagi pada Isnin.

Tegas Raja Daniel, Indonesia lebih ke hadapan dengan mengadakan Rupiah Coin mereka sendiri sekali gus memberi tambah nilai kepada matawang kripto mereka.

“TIdakkah Ringgit perlu mengambil peluang ini untuk menyuntik kembali ekonomi negara? Dunia ketika ini sedang menuju ke arah NFT, Metaverse, tapi Malaysia masih lagi belum memutuskan berkenaan hal polisi dan undang-undang pelaburan matawang digital kripto.

“Perkara ini perlu diperjelaskan Kerajaan, sekiranya 16,000 mata wang digital yang wujud tetapi kita hanya dibenarkan kepada empat jenis sahaja, sudah pasti pelabur yang ada akan mencari jalan lain untuk melabur dan itu akan merugikan negara.

“Kerajaan boleh mengawal di bahagian output di mana apabila wang digital itu hendak ditunaikan, tetapi jangan halang saluran labur DAX dan sekat mata wang digital lain kerana ia merugikan negara dan ia boleh dijalankan tanpa kebenaran Kerajaan,” jelasnya lagi.

Malaysia yang mempunyai potensi yang hebat dilihat, masih jauh kebelakang dalam memperhalusi polisi terbaik pelaburan mata wang digital di negara ini.

Setakat ini pembabitan pelabur dengan platform ini sangat menggalakkan. Luno Malaysia contohnya kini menguruskan lebih RM1 bilion sejak dilancarkan pada 2019. Awani

Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Penyanyi Tersohor Negara Datuk Sheila Majid Sambut Menantu Sulung [VIDEO]

Doktor ‘cabut lari’ selepas pelanggan sukar buka rahang

Sanusi serang UMNO setiap hari

Kerajaan perlu tambah saluran sah labur kripto, mata wang digital — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list