Artikel Terkini

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain
Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 1

Tiga beranak pergi bersama. Ibu dan dua anak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang semalam, ditemukan lemas awal pagi (26 Jun).

Ditemukan seakan-akan saling berpelukan

Mayat Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai kira-kira jam 3.30 pagi di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggelam di dasar sungai berkenaan.

Kereta jenis Proton Persona itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 2
Kredit Gambar: Metro

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata terdahulu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya serta Baling melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan pada jam 6.42 petang berhubung insiden itu.

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 4

Beliau berkata, pasukan kemudian berjaya mengesan kedudukan kereta terbabit di dasar sungai itu kira-kira jam 11 malam tadi.

“Anggota melakukan penandaan di tempat yang dikenal pasti sebelum anggota penyelam daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman, mengesahkan kenderaan itu berada di lokasi.

“Susulan itu, proses menaikkan kenderaan terbabit dilakukan mulai jam 11.30 malam hingga 3.30 pagi tadi. Kereta itu kemudian berjaya dibawa naik ke atas jambatan.

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 6
Kredit Gambar: Metro

“Tiga beranak terbabit ditemukan tidak tersepit di bahagian belakang kereta itu. Mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di lokasi pencarian, awal pagi tadi.

Syufaat memaklumkan, mayat Mashitoh berjaya dikeluarkan pada jam 3.32 pagi diikuti kedua-dua anaknya selang dua minit kemudian, dalam operasi yang turut dibantu penduduk kampung, polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 8
Mayat ibu dan anak ditemui berpelukan di tempat duduk belakang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada mulanya pasukan menghadapi cabaran di mana anggota telah mengikat rantai besi pada mata kren tetapi ia tercabut akibat arus deras.

Justeru, katanya, cubaan kedua dilakukan dengan melilit rantai besi itu pada tayar kereta dengan lebih ketat sebelum kenderaan itu berjaya dinaikkan.

“Ketika ditemukan, semua mangsa dalam kereta berkenaan nampak seakan-akan saling berpelukan, dipercayai apabila kenderaan itu terhempas ke sungai,” katanya.

Difahamkan, mayat tiga beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

Kredit: Berita Harian

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 10

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!


Kereta Terjunam Dalam Sungai, Ibu & Anak Ditemui Berpelukan Satu Sama Lain 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list