Infotainment

‘Keretapi Di Jakarta Lebih Baik’

‘Keretapi Di Jakarta Lebih Baik’
'Keretapi Di Jakarta Lebih Baik' 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Keretapi Transit Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) adalah antara pengangkutan awam yang paling pantas di Malaysia. Ia menghubungkan KLIA dan pusat bandar Kuala Lumpur dengan catatan masa sekurang-kurangnya setengah jam dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).

Artikel Berkaitan:

Walaupun ini adalah antara perkhidmatan awam yang terpantas di Malaysia, namun bagi pelancong Britain, beliau merasakan bahawa KLIA Transit mempunyai perkhidmatan yang teruk dan lebih mahal dibandingkan dengan transit lapangan terbang yang ditawarkan di Jakarta.

Dale Philip, seorang Vlogger yang aktif di Facebook dan Youtube telah memuat naik satu video yang mendokumentasikan pengalaman beliau menaiki perkhidmatan awam jenis keretapi yang menghubungkan pusat bandar KL dengan KLIA.

FotoJet 2023 03 14T154246.056 350x184

Pengalaman pertama beliau tidak begitu baik – dikenakan harga yang tinggi untuk kos satu tiket, terlepas keretapi disebabkan sistem tiket yang kurang efisyen dan tempat menunggu yang panas.

Aduan beliau bagaimanapun menjadi perdebatan di kalangan netizen. Rakyat Malaysia berpandangan bahawa adakah kritikan ini wajar atau Philip sebenarnya meletakkan jangkaan yang terlalu tinggi untuk perkhidmatan pengangkutan awam –  dengan harga tiket RM50.00, semua orang berhak letak harapan yang tinggi.

Kuala Lumpur vs Jakarta

Dape di dalam videonya yang berdurasi selama 5 minit itu melahirkan kekecewaan terhadap sistem tiket yang tidak efisyen selepas terpaksa membayar RM50.00 untuk sekeping tiket, di mana baginya ia “lebih mahal daripada Jakarta”.

Kekecewaan beliau bertambah apabila di dalam video tersebut kelihatan beliau gagal untuk masuk ke dalam platform selepas tiket beliau gagal diimbas oleh mesin.

See also  Petronas, Saudi Aramco expected to hold talks in Malaysia next year for investment in Pengerang, Johor

Selain itu, kualiti tempat duduk di dalam kereta api pula disifatkan beliau sebagai “terlalu biasa” dan “tidak seperti kulit”, tidak seperti tempat duduk di dalam salah satu perkhidmatan awam di Jakarta semasa beliau melakukan perjalanan di antara lapangan terbang dan pusat bandar.

“Ia hanya tempat duduk yang sangat biasa. Ia tidak lah baik, tiada kerusi kulit yang ada seperti di Jakarta. Kereta api $4 di Jakarta mempunyai tempat duduk kulit yang lebih baik,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Philip turut meluahkan rasa kesal dengan perkhidmatan WiFi yang perlahan, yang hanya menawarkan kelajuan 3 Mbps selepas dia menjalankan ujian kelajuan.

Reaksi netizen

Video itu telah mendapat 8.8K reaksi dan lebih 349 perkongsiaan, kebanyakan netizen meluahkan pendapat mereka.

Walaupun sesetengah pihak seolah-olah mengakui kritikan Dale terhadap Transit KLIA, mereka berpendapat bahawa ia masih antara perkhidmatan awam yang terbaik berbanding Jakarta.

Screenshot 2023 03 22 at 9.50.31 AM 1050x222

Screenshot 2023 03 22 at 9.51.26 AM

Screenshot 2023 03 22 at 9.50.58 AM 1050x160

Bagaimanapun, sebahagian netizen berpendapat bahawa beliau menaiki train yang salah untuk ke KLIA.

Screenshot 2023 03 22 at 9.52.33 AM 1050x191

12 1050x307

q 1050x161


'Keretapi Di Jakarta Lebih Baik' 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo