Artikel Terkini

Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno — MYKMU.NET

Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno — MYKMU.NET
Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno — MYKMU.NET 1

Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno — MYKMU.NET 2

Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno

Tidak sampai 10 bulan menyertai Bersatu Ketua Srikandi Bahagian Maran, Siti Nora Mohamad Noor mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi hari ini, sekali gus memberikan sokongan kepada Umno.

Siti Nora juga mendakwa sayap Bersatu di bahagian itu kini terbubar dengan penyertaan dia bersama 32 lagi ahli parti terbabit.

Mereka menyerahkan borang permohonan menjadi ahli Umno kepada Pengerusi Umno Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dalam satu majlis ringkas di Kuantan, Pahang, petang tadi.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menyifatkan tindakan Siti Nora itu adalah tepat dan membuktikan hanya Umno parti yang dapat menguruskan negeri dan negara dengan baik.

“Keputusan mereka ini (menyertai Umno) dibuat atas kehendak mereka sendiri dan tidak didesak oleh mana-mana pihak.

“Mereka juga menyatakan kepada saya bahawa mereka sebenarnya telah hilang kepercayaan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan melihat hanya Umno mampu membantu rakyat dan ini terbukti kepada negara berdepan cabaran Covid-19,” katanya dalam sidang media di Kuantan, Pahang, hari ini.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan tindakan kumpulan diketuai Siti Nora itu bakal mencetus kemasukan lebih ramai ahli Bersatu ke dalam Umno, Wan Rosdy berkata, ini bukan kali pertama nama besar dari parti terbabit kembali menyokong Umno.

“Sebelum ini (bekas Ketua Bahagian Bersatu Temerloh), Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar meletak jawatan daripada parti berkenan serta-merta dan mengumumkan kembali ke pangkuan Umno dan selepas itu (bekas Ketua Bersatu Bahagian Pekan), Datuk Wan Abu Bakar Wan Mohamad juga mengumumkan kembali kepada Umno,” katanya.

Tengku Azlan ialah bekas ahli Parlimen Jerantut, Pahang, menyerahkan borang permohonannya melalui Umno Paya Besar pada 9 Ogos tahun lalu, manakala Wan Abu Bakar pula kembali menyatakan sokongan kepada Umno empat hari selepas itu.

Sementara itu, Siti Nora memaklumkan lebih 100 lagi ahli Bersatu dari bahagian Maran dijangka menyerahkan borang untuk menyertai Umno.

Katanya, tindakan itu diambil susulan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Bersatu peringkat bahagian, negeri dan pusat.

Siti Nora adalah seorang usahawan dari Taman Chendung Jaya, Maran dan pernah mengalami kerugian kira-kira setengah juta ringgit ketika banjir melanda daerah itu pada Jan tahun lalu. Mk

Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Ketua, AJK Srikandi Bersatu Maran sertai Umno — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list