Artikel Terkini

KKM setuju tukar status Hospital Sungai Buloh, terima kembali pesakit bukan Covid-19

KKM setuju tukar status Hospital Sungai Buloh, terima kembali pesakit bukan Covid-19
KKM setuju tukar status Hospital Sungai Buloh, terima kembali pesakit bukan Covid-19 1

Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan COVID-19 seperti sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia dilakukan setelah mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 di Malaysia terutama kes kategori tiga, empat dan lima serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19 yang rendah di Lembah Klang.

“Selepas ini. perkhidmatan hospital ini ditukar kepada status hibrid dan akan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 seperti dahulu selaras dengan keadaan negara yang dalam Fasa Peralihan Ke Endemik seperti diumumkan sebelum ini.
“Namun KKM akan sentiasa memantau dan bersiap sedia dalam menyediakan perkhidmatan perubatan bagi kes-kes COVID-19 termasuk rawatan kritikal jika berlaku peningkatan kes COVID-19 di negara ini,” menurutnya dalam kenyataan hari ini .

Pada 10 Mac 2020, Hospital Sungai Buloh diwartakan sebagai hospital bagi rawatan khusus untuk pesakit COVID-19 sebagai langkah strategik bagi menampung keperluan katil hospital dan juga pengurusan hospital yang optimum dalam memerangi pandemik itu.

Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh mampu menampung lebih 2,000 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 pesakit COVID-19 telah dirawat di hospital itu sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.

Dr Noor Hisham berkata KKM turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutama di Hospital Sungai Buloh yang memberikan komitmen jitu dan perkhidmatan kesihatan terbaik sepanjang pandemik COVID-19.

Sumber: Bernama


KKM setuju tukar status Hospital Sungai Buloh, terima kembali pesakit bukan Covid-19 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list