Artikel Terkini

Kluster mahkamah makin berkuasa jika UMNO menang PRN Johor?

Kluster mahkamah makin berkuasa jika UMNO menang PRN Johor?
Kluster mahkamah makin berkuasa jika UMNO menang PRN Johor? 1

KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1443H, Jumaat – Hanya satu cara untuk mengalahkan kluster mahkamah iaitu dengan memastikan Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Mendedahkan kebobrokan mereka, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, satu cara untuk kumpulan ini kembali berkuasa adalah dengan menumbangkan kerajaan-kerajaan negeri yang dibentuk melalui gabungan dengan PN supaya diadakan pilihan raya negeri. 

“Apabila diadakan pilihan raya dan jika parti mereka menang, kepimpinan parti yang diterajui oleh kluster mahkamah akan dilihat semakin kuat dan berpengaruh,” katanya.

 

Berikutan itu, dakwanya, kumpulan ini telah merancang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

 

“Mereka memilih Johor kerana Johor dikatakan negeri kubu kuat UMNO. Jika parti mereka menang PRN Johor, mereka akan mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum pula dapat diadakan.

 

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri tetapi yang menguasai UMNO adalah Presiden UMNO. 

“Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah Presiden, bukan Perdana Menteri,” dakwanya.

 

Mengulas lanjut ‘tradisi’ itu, Muhyiddin mendakwa, jika parti mereka menang dalam pilihan raya, lazimnya yang akan diangkat menjadi Perdana Menteri adalah Presiden parti.

 

“Jika ini berlaku, maka lengkaplah perancangan kluster mahkamah. Mereka akan kembali berkuasa dan selesailah masalah mereka, na’uzubillah.

 

“Jadi siapa sebenarnya pengkhianat? Saya atau mereka? Sebagai orang Johor, saya percaya pengundi di negeri Johor adalah bijaksana. 

“Saya tidak fikir bangsa Johor yang beradab, berhemah dan tinggi nilai moral dan agamanya rela membiarkan PRN Johor digunakan sebagai alat untuk kluster mahkamah dan kleptokrat kembali berkuasa,” dakwanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Kluster mahkamah makin berkuasa jika UMNO menang PRN Johor? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list