Artikel Terkini

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran
Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 1
Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 2

Segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) kini mendapat tempat cukup istimewa di kalangan pengguna terutamanya lelaki yang memiliki keluarga kecil. Walaupun ia hadir dalam bentuk MPV namun rata-rata pengguna masih mementingkan rupa yang ‘sporty’, elegan dan juga lengkap dengan pelbagai ciri-ciri moden terkini.

Itulah yang bakal ditampilkan oleh Nissan Serena S-HYBRID. Baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Nissan Serena S-HYBRID 2022 dengan gaya bukan sahaja terkini malah lebih premium.

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 3

Ia diramal bakal memberikan saingan baharu buat pasaran kenderaan pelbagai guna (MPV) hibrid tempatan menjelang Julai nanti.

KUALITI TINGGI

Dalam kenyataan medianya, ETCM berkatya jentera terbaru mereka ini hadir dengan kualiti tinggi yang ditambah baik dari segi keselamatan itu bakal memberikan pengalaman luar biasa kepada pengguna.

“Varian Serena S-HYBRID ialah model hibrid pertama yang dipasang di Malaysia dan masih merupakan satu-satunya MPV hibrid pemasangan tempatan.

“Teknologi yang diperbaharui dengan enjin CVTC Berkembar 2.0 liter mampu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api,” jelas mereka.

Di bawah merupakan beberapa spesifikasi menarik Serena S-HYBRID 2022:

  • Hadir dengan ciri dwipintu belakang, dwikuasa bebas tangan pada pintu gelangsar.
  • Ia tampil dilengkapi tujuh port USB selain ruang yang luas untuk tempat duduk dengan ciri konfigurasi.
  • Bahagian tempat duduk baris kedua lengkap dengan ciri kerusi sifar graviti yang selesa kerana diperbuat daripada kulit Nappa.
  • Ciri teknologi keselamatan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang lebih keterhadapan.
  • Lima ciri pintar baharu ditambah baik demi meningkatkan mod keselamatan aktif.

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 5 Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 7

Selain itu, kenderaan itu turut memiliki ciri-ciri yang diperlukan oleh sesebuah kenderaan.

Antaranya:

  • Amaran perlanggaran hadapan ramalan pintar
  • Brek perlanggaran ke hadapan pintar
  • Amaran makluman lalu lintas rentas belakang
  • Amaran titik buta
  • Kamera pemantau 360

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 9

Harga yang ditawarkan untuk Nissan Serena S-Hybrid Highway Star bermula RM150,000, manakala Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway Star bermula RM165,000.

ETCM juga menggalakkan pelanggannya membuat tempahan awal dengan membayar hanya RM1,000 selain menikmati pelbagai faedah yang diberikan.

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 11

Selain lima tahun servis penyelenggaraan percuma termasuk alat ganti dan upah, waranti ditawarkan hingga lima tahun.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!

Lebih Premium & Lebih Mengancam, Nissan Serena S-HYBRID 2022 Bakal Tampil Di Pasaran 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list