Artikel Terkini

Lelaki biadap! Pasangan warga emas terduduk depan pintu diterajang kejam

Lelaki biadap! Pasangan warga emas terduduk depan pintu diterajang kejam
Lelaki biadap! Pasangan warga emas terduduk depan pintu diterajang kejam 1

Sejak petang tadi, tular di media sosial berkenaan satu video yang membuatkan warganet naik darah. Perkongsian yang dimuat naik oleh Suriany Md Hassan itu memperlihatkan seorang lelaki  secara tiba-tiba menendang belakang badan seorang warga emas.

Video yang berdurasi 45 saat itu benar-benar membuatkan banyak pihak geram kerana warga emas terbabit yang dipercayai pasangan suami isteri terduduk dihadapan pintu rumah menahan kesakitan sebelum lelaki terbabit beredar sejurus bertindak kurang ajar.

 

Dapat dilihat beberapa orang yang berada di sekitar kawasan tersebut menahan lelaki biadap itu dari terus melakukan perkara yang lebih serius sebelum seorang wanita menghampiri pasangan suami isteri berkenaan.

Terdengar juga tangisan pasangan tersebut yang menahan sakit apabila diperlakukan dengan kejam oleh lelaki yang belum diketahui identitinya. Difahamkan, kejadian tular itu berlaku di Kedah mendengar dari tutur kata yang diucapkan.

Video tersebut juga telah dimuat naik semula oleh Kosmo! dan mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Setakat ini, belum ada sebarang maklumat berkaitan kes tersebut. Namun perbuatan lelaki berkenaan telah dikecam hebat oleh netizen kerana bertindak biadap apabila begitu senang menendang orang tua yang tidak berdaya.

Menjengah ke ruangan komen, ada pihak mengatakan bahawa lelaki tersebut didakwa terlibat dengan najis dadah, namun kesahihan kenyataan itu masih belum dapat dipastikan.

Lelaki biadap! Pasangan warga emas terduduk depan pintu diterajang kejam 2

Sumber: Facebook Suriany Md Hassan, Instagram Kosmo!

 

 

 


Lelaki biadap! Pasangan warga emas terduduk depan pintu diterajang kejam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list