Artikel Terkini

Lori muatan minyak masak terbabas, PLUS sesak lima kilometer

Lori muatan minyak masak terbabas, PLUS sesak lima kilometer
Lori muatan minyak masak terbabas, PLUS sesak lima kilometer 1

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer hari ini berikutan sebuah lori minyak masak terpakai terbabas di Kilometer 278.8 arah utara dari Bandar Ainsdale ke Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kemalangan pada 6.45 petang itu menyebabkan muatan minyak masak terpakai di dalam tujuh tong mengalir hingga ke lorong keempat lebuh raya lalu menyebabkan kesesakan.

Beliau berkata siasatan awal mempercayai lori jenis Hino berwarna putih itu terbabas akibat tayar belakang kenderaan itu pecah.

“Kejadian berlaku di lorong kedua dari kanan, pasukan bomba dan penyelamat sedang membersihkan laluan tersebut.
“Pemandu lori itu telah dibawa orang awam ke hospital terdekat untuk rawatan manakala kelindannya, seorang lelaki berusia 39 tahun hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Fazley, kemalangan itu disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sumber: Bernama


Lori muatan minyak masak terbabas, PLUS sesak lima kilometer 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list