Artikel Terkini

Malaysia MADANI tekankan pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan

Malaysia MADANI tekankan pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan
Malaysia MADANI tekankan pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan 1

IPOH – Pelaksanaan konsep Malaysia MADANI mesti menitiberatkan keseimbangan komunIti dalam pembangunannya supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mercu tanda pembangunan sesebuah masyarakat itu tidak harus terkenal dengan bangunan tinggi sahaja tetapi juga keseimbangan antara golongan atasan dan rakyat.

“Antara rumah mahligai dan rumah rakyat, antara restoran mewah dan gerai-gerai rakyat indah dan bersih, ada kehijauan ada taman-tamannya untuk rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) yang berlangsung di Taman D.R. Seenivasagam, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.

Perdana Menteri juga berkata langkah itu harus bermula daripada peringkat pihak berkuasa tempatan setiap negeri memastikan bahawa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, diberi pembelaan dan hak mereka terpelihara.

“Saya beri contoh di Kuala Lumpur, ada puluhan projek (pembangunan) seperti ini, ada Twin Towers, KL Towers, tapi gerainya bobrok seperti tahun-tahun 50an.

“Saya tidak mahu Malaysia jadi contoh hanya dengan bangunan paling tinggi, jambatan paling panjang, gedung paling besar, tapi antaranya… rakyatnya paling menderita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis PBT di seluruh negara supaya meneliti semula pelan pembangunan mereka agar misi pembangunan seimbang itu dapat dijayakan.

Sementara itu Anwar berkata kerajaan juga akan memastikan konsep pembangunan dalam negara di tambah baik, dengan hak serta kepentingan raykat sentiasa terpelihara.

“Tidak akan ada siapapun yang (boleh) merasa bebas menggondol hak rakyat, dan merasa (mereka) boleh terlepas. Saya akan pastikan hal ini tidak berlaku. Berikan kesempatan kerajaan bersihkan negara daripada perompak besar dan tumpu pada kepentingan rakyat,” katanya. – BERNAMA

See also  Dewan Rakyat: 140,447 penerima Bantuan Warga Emas

 

Malaysia MADANI tekankan pembangunan adil, seimbang untuk semua golongan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo