Artikel Terkini

Malaysia sedia kerjasama dengan Afghanistan, kata Anwar

Malaysia sedia kerjasama dengan Afghanistan, kata Anwar
Malaysia sedia kerjasama dengan Afghanistan, kata Anwar 1

Perdana menteri berkata, pendirian Malaysia itu sudah disampaikan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.

Malaysia sedia kerjasama dengan Afghanistan, kata Anwar
Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha dan delegasi OIC di Makkah selepas selesai menunaikan ibadah umrah. (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

JEDDAH: Malaysia sedia bekerjasama, bahkan meningkatkan hubungan dengan Afghanistan, negara di bawah pentadbiran Taliban yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) awal bulan ini sebagai negara paling menindas dan merampas hak wanita serta kanak-kanak perempuan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, pendirian Malaysia itu sudah disampaikan kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang sedia membantu dari segi perhubungan Malaysia dan kerajaan Afghanistan.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia tegas dalam soal pendidikan wanita dan berpendirian hak golongan itu ke atas pendidikan tidak boleh dinafikan.

“Masalah sekarang ini ialah sikap mereka terhadap pendidikan wanita, sama ada dia nak buat universiti khusus wanita ataupun sekolah khas wanita, itu pilihan mereka. Tetapi tidak boleh menafikan hak wanita dalam bidang pendidikan,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Terdahulu, Anwar yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha dan delegasi OIC di Makkah selepas selesai menunaikan ibadah umrah.

Anwar yang ditemani isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar, Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan.

Media antarabangsa antara lain sebelum ini melaporkan kerajaan Afghanistan menghalang kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan melebihi gred enam dan wanita dari ruang awam seperti taman serta gim.

Bagaimanapun, Jumaat lepas, pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berkata, pelajar perempuan akan kembali bersekolah sebaik saja isu dalaman di negara itu diselesaikan.

Malaysia sedia kerjasama dengan Afghanistan, kata Anwar 1
kontraktor rumah

See also  Kekasih Baru Sharifah Sakinah Rupanya Mat Salleh Juga
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo