Artikel Terkini

Malaysia tunggu rayuan tambah kuota haji

Malaysia tunggu rayuan tambah kuota haji
Malaysia tunggu rayuan tambah kuota haji 1

SEPANG – Malaysia sedang menunggu kelulusan Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan tambahan 350 lagi kuota haji bagi tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Malaysia sudah kemukakan dua kali rayuan pada bulan Januari dan Februari lalu.

Untuk tahun ini, Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia seramai  31,600 orang.

Jelas beliau, Malaysia mempunyai asas bagi memohon tambahan kuota tersebut berdasarkan pertambahan populasi penduduk di negara ini kepada 31.95 juta penduduk.

“Kuota haji yang diperuntukkan kepada Malaysia pada tahun ini adalah sebanyak 31,600, jadi kita minta tambahan 350 lagi supaya kuota ditingkatkan kepada 31,950 jemaah.

“Kita ada asas (peningkatan populasi) yang kita beritahu kepada Kerajaan Arab Saudi kenapa perlunya tambahan 350 jemaah lagi supaya jumlah jadi 31,950,” katanya kepada pemberita.

MGF25032023 NAIM PENGELOLA HAJI05 1024x683
Dr. Mohd Na’im Mokhtar diiringi Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Azman Mokhtar (kiri) serta yang lain melancarkan buku Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 di Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang. Foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2023.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 yang julung kali diadakan, di sini, hari ini.

Tambah Mohd Na’im, hasrat bagi penambahan kuota itu sudah disampaikan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah pada Januari dan Februari lalu.

“Semasa saya ke Jeddah pada Januari lalu sudah dikemukakan rayuan ini dan apabila Dr Tawfiq buat kunjungan ke Malaysia pada Februari lalu, saya juga sudah kemukakan rayuan sama.

“Jadi kita berharap kerajaan Arab Saudi akan beri pertimbangan (berhubung perkara ini),”ujarnya. – MalaysiaGazette

Malaysia tunggu rayuan tambah kuota haji 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor

See also  Jika Suami Ditangkap Khalwat, Isteri Perlu Tenang Sebelum Buat Keputusan
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo