Artikel Terkini

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju
Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 1

Sejak sesi persekolahan dilaksanakan secara bersemuka, pelbagai ragam anak-anak ini dapat dilihat, baik bagi tadika atau kesemua aliran arus perdana.

Bukan itu sahaja, bahkan ragam ibu bapa juga menjadi perhatian apabila terdapat banyak aduan daripada mereka berlegar-legar di platform media sosial mengenai sesi persekolan anak-anak mereka.

Antaranya adalah memintaan pihak berwajib memperhalusi semula arah aliran beg sekolah yang terlalu berat sehingga menyusahkan anak-anak mereka, selain aduan yang kadangkala hanya memenuhi kepentingan diri.

Ini termasuklah perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang disembunyikan identiti dengan mempersoalkan fungsi pemakaian uniform sekolah oleh anak-anak mereka.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna tersebut mengaitkan situasi persekolahan di Amerika Syarikat dengan Malaysia, di mana anak-anaknya dibenarkan berpakaian bebas tanpa terikat dengan pakaian uniform.

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 2

Tambahnya lagi, pakaian seragam sekolah berwarna putih pastinya mudah kotor, misalnya aiskrim tertumpah di baju anaknya.

Menurutnya lagi, jika pemakaian uniform sekolah dimansuhkan, ia akan memudahkan pekerjaan ibu bapa, terutamanya dari segi membersihkan, mengeringkan dan menggosok pakaian tersebut.

“Tak perlu keluar duit beli uniform, tak payah basuh, keringkan dan gosok selalu.”

Namun begiti, pandangan tersebut kurang dipersetujui dan salah seorang daripadanya termasuklah Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan.

Semalam, menerusi hantaran Pu Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengatakan dia tidak bersetuju sekiranya pihak berwajib memansuhkan pemakaian uniform sekolah tersebut.

PU Rahmat mengatakan uniform sekolah yang dipakai sehingga kini tersebut dianggap sebagai penyelamat maruah kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan seperti B40.

“Kasihanilah ibu bapa B40 yang kesempitan kewangan. Jangan tambah beban mereka. Mereka nak beli sepasang baju kemeja pun sudah pening kepala.”ujarnya.

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 3

Pada masa yang sama, pendakwah bebas itu mengatakan dia tidak dapat membayangkan sekiranya uniform sekolah itu benar-benar dimansuhkan pada masa akan datang.

“Saya tak dapat bayang zaman sekolah saya dulu-dulu jika tiada baju uniform, pastinya saya hilang keyakinan diri melihat gaya dan fashion rakan-rakan sebaya.” luahnya.

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 4

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ibu bapa bersependapat dengan PU Rahmat mengenai pandangan yang dilontarkan olehnya itu.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa adalah baik jika ia digantikan dengan pakaian sukan sahaja kerana lebih memudahkan.

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 5Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 6

Di samping itu, terdapat netizen mengatakan pemakaian uniform sekolah sebenarnya membentuk disiplin di kalangan pelajar sekolah sendiri.

Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 7 Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 8

Sumber: Facebook Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan


Mansuhkan uniform sekolah? PU Rahmat tak setuju 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list