Artikel Terkini

Marco Polo Ada Anak Perempuan Yang Tak Diketahui

Marco Polo Ada Anak Perempuan Yang Tak Diketahui
Marco Polo Ada Anak Perempuan Yang Tak Diketahui 1
Follow our Telegram

Seorang penyelidik Venice percaya pengembara terkenal, Marco Polo mempunyai anak luar nikah selain tiga puterinya selepas berkahwin dengan isterinya, Badoer. Wanita yang dikenali nama Agnese ini lahir antara tahun 1295 hingga 1298.

1295 merupakan tahun kepulangan Polo ke kota kelahirannya Venice. Sementara 1298 pula ialah tahun beliau menjadi tawanan perang di Genoa. Ini selepas berlakunya konflik ketenteraan antara dua negara kota berkenaan pada ketika itu.

Menurut penyelidik Marcello Bolognari dari Universiti Ca’Foscari, Venice, dakwaan ini bersandarkan kepada penemuan wasiat terakhir Agnese di arkib lama Venice. Sebelum ini, wujud khabar angin nama wanita itu disebut dalam pelbagai dokumen Polo tetapi ia tidak disokong dengan bukti.

Dalam wasiat terakhirnya, Agnese meminta bapanya, Polo agar menyampaikan wasiat terakhir dan pengakuannya kepada paderi Pietro Pagano di Gereja San Felice. Gereja tersebut terletak di kawasan kejiranan San Giovanni Grisostomo, Venice.

Tambah Bolognari lagi, mereka hanya mampu berspekulasi bila Agnese dilahirkan iaitu hasil hubungan sulit atau perkahwinan terdahulu sebelum Polo berkahwin dengan Badoer. Tetapi yang pasti, hubungan kedua-duanya amat baik menerusi permintaan terakhir Agnese kepadanya.

Tanpa menyebut nama ibunya dalam wasiatnya, Bolognari percaya ibu wanita tersebut telah tiada. Wasiat tersebut turut menceritakan perihal kehidupannya yang bahagia dengan suami tercinta dan dua orang anak.

Mengikut keterangan sejarah, Polo dan Badoer dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Fantina, Bellela dan Moreta. Dengan penemuan dokumen ini, ia menyingkap lebih banyak rahsia tentang pengembara Itali itu. Polo meninggal dunia pada tahun 1324 semasa berusia 69 tahun.

RUJUKAN

Giuffrida, A. (2022, 7 Februari). Marco Polo had previously unknown daughter before marriage, will suggests. The Guardian.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Marco Polo Ada Anak Perempuan Yang Tak Diketahui 2[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list