Pelawak terkenal, Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 35 sememangnya dilihat sebagai seorang selebriti yang bekerja keras.
Ada sahaja aktiviti yang dilakukan melihat dari hantarannya di media sosial. Dia juga sememangnya tidak lokek berkongsi tentang kehidupan sehari-harinya di Instagram terutamanya buat para peminat serta peluang untuk mempromosikan perniagaan.
Walau bagaimanapun, muat naik terbaru di Instagramny membuatkan ramai berasa khuatir dengan tahap kesihatan pelawak tersebut yang dimaklumkan oleh isteri dalam keadaan kurang sihat.
Isterinya, Noor Hasanah Yahya atau Anne mewakilkan suaminya untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada kerja yang tertangguh memandangkan Achey tidak berapa sihat dan sedang menerima rawatan.
Dalam perkongsian Anne lagi, pelawak berkenaan mengalami demam tinggi dan badan sakit-sakit. Namun, selepas beberapa kali melakukan ujian saringan Covid-19, keputusan didapati negatif.
Selepas mendapat rawatan dan menerima suntikan ubat, Achey dilihat beransur pulih namun masih lemah. Isterinya meminta untuk terus berehat buat seketika memandangkan dia terlalu penat bekerja dan kurang berehat sejak kebelakangan ini.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan mendoakan agar Achey terus diberi kesihatan dan kembali pulih seperti biasa.
Mereka juga meminta agar selebriti itu banyakkan berehat memandangkan dia ‘rancak’ menguruskan perniagaan dan aktiviti seni walaupun jarang di kaca televisyen.
Sumber: Instagram Achey Kintangkintung, Anne_ Achey
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo