Artikel Terkini

Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini

Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini
Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini 1
Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini 2

Siapa tak kenal dengan tonggak serangan pasukan Jurgen Klopp ini.

Mohamed Salah menjadi topik bualan ramai minggu ini apabila masa depannya di Liverpool menjadi tanda tanya ramai pihak.

Khabarnya, banyak kelab bola sepak yang tampil menawarkan harga pembelian lumayan bagi memilikinya bagi musim hadapan. Mananya tidak, pemain ini telah mencatatkan prestasi memberangsangkan sepanjang beraksi dengan Liverpool.

Sebagai rekod, Salah telah merekodkan 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menentang Leeds United pada tahun lalu; lantas menjadi pemain keempat merekodkan 100 gol EPL sewaktu bersama Liverpool selepas Robbie Fowler, Michael Owen dan Steven Gerrard.

Manakala dalam sejarah penganjuran EPL,  Salah menjadi pemain ke-30 mencecah jumlah 100 jaringan.

Baru kini, khabar angin mengatakan Salah bakal berpindah kelab telahpun secara rasminya dinafikan oleh Liverpool apabila kontrak pemain itu disambung pada hari ini.

The Reds melanjutkan khidmat pemain Mesir ini bersama mereka dengan semangat baharu. Salah bertekad membawa lebih banyak kejuaraan ke Anfield selepas menemui kesepakatan bersama dengan pengurusan kelab kendalian Jurgen Klopp itu.

Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini 3

Berikut merupakan 7 fakta tentang Salah yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England (PFA).

2. Salah dianggar bernilai £29.75 juta berdasarkan laman web Transfer Market UK. Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 100 gol bersama Liverpool.

3. Pernah terpalit kontroversi kerana enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss ketika bermain untuk Basel.

“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” jelasnya.

4. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Makka, sempena nama kota suci umat Islam.

5. Salah juga salah seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

Pemain yang lahir pada 15 Jun 1992 di Mesir ini sering menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.

6. Salah yang lahir dan dibesarkan di perkampungan Nagrig di wilayah barat Mesir.  Walaupun sudah dikenali seluruh dunia, dia tetap tidak melupakan tanah airnya dengan kerap membantu orang-orang miskin, hospital, sekolah dan teman-temannya sewaktu kecil dulu.

7. Pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.

Mohamed Salah Sambung Kontrak Liverpool, 7 Fakta Tentang Bintang Bola Sepak Ini 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list