Artikel Terkini

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila ‘Ambil Peluang’ Tinggal Bersama Ibu Bapa!

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila ‘Ambil Peluang’ Tinggal Bersama Ibu Bapa!
Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 1
Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 2

Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Hal ini merupakan ijma’ fuqaha atau sepakat para ulama fiqh. Selain itu, kebanyakan ulama fiqh berpandangan bahawa suami wajib menyediakan kediaman khusus untuk isterinya yang mana tiada keluarga yang lain di rumah tersebut.

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 3

Oleh kerana itu, sekiranya suami menyediakan tempat tinggal satu rumah dengan ibu bapanya maka isteri dibolehkan untuk tidak menetap bersama suami. Ini kerana, nafkah tempat tinggal merupakan hak peribadi isteri bagi diri dan hartanya. Namun di sana mesti dilihat bahawa nafkah yang diberi perlu diukur mengikut kemampuan suami, dan suami wajib berusaha bagi memenuhi nafkah tempat tinggal ini.

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 5
Antara tanggungjawab yang besar bagi suami ialah wajib baginya memberikan nafkah tempat tinggal kepada isteri mengikut kemampuannya. Perkara ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:

أَسۡكِنُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنتُم مِّن وُجۡدِكُمۡ وَلَا تُضَآرُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُواْ عَلَيۡهِنَّۚ

Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)”.

Surah al-Talaq (6)

Syeikh Abu Bakar Syato menjelaskan bahawa ayat di atas dikhususkan kepada isteri yang ditalak oleh suami. Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang telah ditalak. Justeru, apatah lagi isteri yang masih sah sebagai pasangannya adalah lebih utama disediakan tempat tinggal.

(Rujuk: I’anah al-Tolibin, 4/84)[1]

Sehubungan dengan itu, Syeikh Zainuddin juga menyebut bahawa ciri-ciri tempat tinggal yang wajib disediakan oleh suami kepada isteri adalah yang layak bagi isteri dari sudut adat (terjaga dari pandangan untuk berkhalwat dengan suami) dan yang bersifat aman,harmoni serta selamat dari sebarang bahaya terhadap dirinya dan hartanya ketika suami tidak berada di rumah. Tambahan pula, tempat tinggal ini bukan hanya keinginan bahkan merupakan keperluan bagi isteri, walaupun tempat itu hanya didiami dalam keadaan sewa atau pinjaman.

(Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 540)[2]

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 7Gambar sekadar hiasan.

Begitu juga, majoriti ulama berpandangan bahawa suami hendaklah menyediakan tempat tinggal khusus bagi isterinya yang mana tiada ahli keluarga suami yang lain yang tinggal bersama di rumah tersebut sebagai contoh ibu bapa atau kaum kerabat suami. Hal ini disebabkan khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.

Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain yang khusus bagi isteri.

(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah[3], 25/109, Hasyiyah Ibn Abidin[4], 3/599)

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 9

 

Justeru secara ringkasnya, suami perlu menyediakan tempat tinggal kepada isterinya yang menepati ciri-ciri berikut, antaranya sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaily:

1. Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang sesuai berdasarkan kemampuannya dari segi kewangan.
2. Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. Tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabat suami melainkan jika isteri reda untuk berkongsi kediaman yang sama.
3.Suami hendaklah menyediakan keperluan asas di rumah tersebut seperti alas tidur, alat-alat tempat memasak dan bilik mandi.

(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/119)[5].

Sudah menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yang aman dan tenteram serta menepati dengan hukum syarak kepada isterinya. Hal ini demi memelihara suasana yang baik dalam rumah tangga dan memastikan kelangsungan hubungan perkahwinan.

Tempat tinggal yang dimaksudkan juga ialah tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. Suami tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabatnya kerana khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 11Bila menantu dan mentua tinggal sebumbung, perlu ada sifat harmoni..

Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan dengan syarat hendaklah diusahakan agar tidak timbul masalah dan mudarat antara si siteri dan keluarga suami. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain atau tempat tinggal yang selesa untuk isterinya seperti di rumah keluarganya atau sebagainya.

Wallahu A’lam.

Sumber:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila 'Ambil Peluang' Tinggal Bersama Ibu Bapa! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list