Artikel Terkini

Pakej taubat: penipuan ke atas individu jahil agama

Pakej taubat: penipuan ke atas individu jahil agama
Pakej taubat: penipuan ke atas individu jahil agama 1

BANGI, 23 Ramadan 1443H, Isnin – Mufti Kelantan menyifatkan pakej taubat dengan bayaran RM20 adalah penipuan yang cuba mengambil kesempatan di atas kejahilan individu dalam agama.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, jika seseorang itu memiliki pengetahuan agama adalah mustahil untuk ditipu dengan mudah dengan tawaran songsang di laman sosial.

“Perbuatan bertaubat kepada Allah boleh dibuat secara terus tanpa bayaran, kecuali kemaafan kepada individu yang perlu dibuat kepada individu terbabit.

“Taubat dalam Islam tidak seperti agama lain yang ada perantaraan kerana bagi mereka yang beragama Islam harus memohon secara terus kepada Allah kerana Allah Maha Mendengar.

“Dalam memohon taubat tidak ada upah atau bayaran dikenakan kerana kesalahan seseorang itu hanya dia sahaja yang mengetahuinya dan individu yang mengambil kesempatan dengan mengenakan upah dianggap jahil,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang maklumat mengenai individu yang terbabit dalam menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Baru-baru ini, tular iklan di laman media sosial mengenai pakej sesiapa yang ingin bertaubat dikenakan bayaran RM20.

Jabatan Agama Islam negeri diminta menyiasat kemunculan laman sosial yang menawarkan pakej taubat dengan bayaran RM20.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dipetik berkata, siasatan itu perlu bagi mengesan mereka yang terbabit untuk diambil tindakan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Pakej taubat: penipuan ke atas individu jahil agama 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list