Artikel Terkini

Patuh titah Agong, elak bazir makanan masa buka puasa

Patuh titah Agong, elak bazir makanan masa buka puasa
Patuh titah Agong, elak bazir makanan masa buka puasa 1

KUALA LUMPUR – Sudah menjadi kelaziman bulan Ramadan, terdapat segelintir pihak yang boros berbelanja ketika membeli juadah berbuka puasa.

Kebimbangan terhadap pembaziran yang bertentangan dengan syariat Islam itu turut dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya semalam.

Salah seorang pengunjung Bazar Ramadan Bandar Tun Razak di sini, Omar Ahmad berpendapat, titah Agong itu mencerminkan masih ramai umat Islam yang gagal menghayati suruhan untuk berjimat-cermat.

MGF23032023 BAZAR RAMADAN 24 300x200
Omar Ahmad

“Sebenarnya tak perlu kita tunggu titah Agong kerana kita sendiri perlu maklum untuk tidak boros tapi saya anggap titah Agong itu sangat tepat dengan keadaan kos sara hidup kita hari ini.

“Apabila tuanku bertitah, seakan kita refresh semula fikiran untuk tidak perlu berbelanja lebih dari keperluan,” kata pesara kerajaan berusia 70 tahun itu ketika tinjauan MalaysiaGazette hari ini.

Omar memberitahu, beliau hanya menetapkan RM10 untuk berbelanja di bazar supaya tidak berlaku pembaziran selain yakin jumlah itu sangat mencukupi dengan adanya Menu Rahmah.

MGF23032023 BAZAR RAMADAN 22 1 300x200
Abdullah Mad Noor

Seorang lagi pesara kerajaan, Abdullah Mad Noor, 74, berkata, titah Agong membuatkan beliau lebih berdisiplin untuk berbelanja supaya tiada makanan yang dibazirkan selepas berbuka puasa.

Beliau turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk tidak berbelanja secara semberono kerana bimbang simpanan hari tua akan terjejas jika amalan sedemikian berterusan.

Pekerja swasta, Nur Amy Natasha Japar, 30, juga mempunyai pandangan sama sambil menyifatkan kos sara hidup hari ini perlu dianggap serius selain harus bijak menguruskan kewangan.

MGF23032023 BAZAR RAMADAN 18 300x200
Nur Amy Natasha Japar

“Hari ini harga barang pun meningkat, tidak seharusnya kita membazir. Jika kita boleh masak di rumah dan itu lebih menjimatkan maka itu pilihan bijak.

See also  “Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia”

“Kita juga perlu bijak urus pendapatan, tetapkan bajet bulanan dalam berbelanja supaya hidup kita tidak sukar di kemudian hari, inilah juga maksud titah Agong yang mungkin boleh kita hayati,”. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan Ramadan

Patuh titah Agong, elak bazir makanan masa buka puasa 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo