Artikel Terkini

Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah

Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah
Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah 1
Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah 2

Rasanya sudah banyak video-video tular yang memaparkan kepayahan pelajar di pedalaman untuk ke sekolah, terutamanya di kawasan pedalaman Sabah. Bukan hanya mengalami kesukaran, malah mereka juga seperti ‘bertarung nyawa’ untuk pergi menuntut ilmu.

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan murid menyeberang sungai dengan hanya menggunakan perahu kecil. Video berdurasi 1 minit 48 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Pia Pinah Mahadi.

Difahamkan kejadian itu berlaku Kg Mangkabusu, Pitas, Sabah. Jelas Pia, walaupun peperiksaan UPSR dan PT3 sudah dimansuhkan, namun pelajar-pelajar ini tetap gigih untuk pergi ke sekolah.

Menurut Sinar Harian, situasi ini berlaku selepas jambatan gantung dihanyutkan banjir pada tahun lalu menyebabkan kira-kira 30 murid dari kampung itu terpaksa berulang alik menggunakan perahu kecil menyeberang sungai untuk ke sekolah.

Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah 3
Sumber: Twitter

Hal ini telah menyebabkan sesi persekolahan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mandurian, Pitas, terganggu apabila mereka kerap tidak dapat hadir ke sekolah jika paras air sungai meningkat dan deras.

Seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Maratin Manjungkat berkata dia terpaksa berulang alik sebanyak 12 kali sehari dengan menggunakan perahu bagi menghantar dan mengambil murid-murid berkenaan ketika pergi dan pulang dari sekolah.

Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah 5
Sumber: Twitter

“Saya bawa semua murid untuk menyeberang sungai itu dan sampan digunakan untuk menghantar mereka kecil saja. Sepatutnya sampan itu hanya mampu menampung empat kanak-kanak dalam satu-satu masa,”

“Saya terpaksa berulang alik sebanyak enam kali setiap pagi dan enam kali lagi pada tengah hari untuk membawa murid-murid berkenaan secara bergilir-gilir kerana bimbang sampan melebihi muatan dan membahayakan mereka,” jelasnya.

Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah 7
Foto: Sinar Harian

Video yang tular itu telah dirakam oleh salah seorang penduduk kampung. Jelasnya lagi, sekarang ini murid-murid sedang menghadapi peperiksaan. Jadia dia terpaksa bawa mereka menyeberang walau dengan apa cara sekali pun kerana bimbang mereka akan ketinggalan menduduki peperiksaan.

Situasi ini nampaknya seperti tidak ada kesudahannya. Sepatutnya hal-hal sepert ini sudah tidak berlaku lagi pada tahun 2022. Di harap pihak berwajib segera menjalankan tanggungjawab dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Pelajar Di Kawasan Pedalaman Seperti ‘Gadai Nyawa’ Seberang Sungai Untuk Ke Sekolah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list