Artikel Terkini

Pelaksanaan semula HSR perlu ditanggung syarikat swasta, bukan kerajaan – Anthony

Pelaksanaan semula HSR perlu ditanggung syarikat swasta, bukan kerajaan – Anthony
Pelaksanaan semula HSR perlu ditanggung syarikat swasta, bukan kerajaan - Anthony 1

SHAH ALAM – Pelaksanaan semula Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura perlu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta dan bukannya dibiayai kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan mengalukan syarikat yang berminat meneruskan projek mega tersebut.

Kata beliau, pihaknya sedia berbincang dengan mana-mana pihak swasta yang sanggup menanggung risiko untuk membina infrastruktur itu.

“Perbincangan itu termasuk bersama syarikat konsesi untuk diperincikan dan kerajaan terbuka menerima sebarang cadangan.

“Kita boleh memberi kelulusan namun pihak itu perlu melabur sepenuhnya jika mahu melaksanakan HSR berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas program TownHall Rakyat, di sini malam ini.

Tambahnya, kerajaan setakat ini belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak swasta.

Disember lalu, Kosmo! melaporkan kerajaan Johor sedia bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi mengkaji dan menilai semula pelaksanaan HSR.

Projek HSR yang menyasarkan penjimatan masa perjalanan di antara Singapura dan Kuala Lumpur dalam masa 90 minit dihentikan selepas beberapa penangguhan di bawah permintaan Malaysia dan akhirnya perjanjian itu luput pada Disember 2020.

Malaysia membayar lebih SG$102 juta (RM326.9 juta) sebagai pampasan kepada Singapura kerana pembatalan projek berkenaan. – KOSMO! ONLINE


Pelaksanaan semula HSR perlu ditanggung syarikat swasta, bukan kerajaan - Anthony 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Wanna Ali, bapa tiri berduet lagu cinta