Artikel Terkini

Pemandu Myvi rupanya pitam, terbabas selepas ziarah kubur suami

Pemandu Myvi rupanya pitam, terbabas selepas ziarah kubur suami
Pemandu Myvi rupanya pitam, terbabas selepas ziarah kubur suami 1

Sejak petang tadi, tular beberapa keping foto memaparkan sebuah Perodua Myvi terbabas sehingga memasuki kawasan perkuburan sekali gus menjadi bahan jenaka warganet.

Memetik laporan Harian Metro, kereta tersebut dipandu seorang wanita dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, Negeri Sembilan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu berusia 60 tahun itu mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) selepas menziarahi kubur suaminya.

Pemandu Myvi rupanya pitam, terbabas selepas ziarah kubur suami 2

Beliau berkata, kereta berkenaan terbabas ketika dibawa keluar dari kawasan parkir lalu menyebabkan empat kubur mengalami sedikit kerosakan membabitkan batu nisan.

Bagaimanapun, warga emas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serta sudah menerima rawatan berhubung penyakit dialaminya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook dipercayai anak kepada wanita berkenaan tampil memohon maaf kepada waris kubur terbabit selain berjanji akan bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku.

Lelaki dikenali sebagai Syafiq Sidek itu menjelaskan, ibunya masih dalam keadaan sedih setelah kehilangan suami tercinta akibat Covid-19.

“Saya berharap agar tiada pihak yang salah sangka terhadap kejadian ini. Ibu saya masih dalam keadaan trauma dan sedih kerana baru kehilangan suami akibat Covid-19.

“Mohon jasa baik semua untuk menghentikan viral ini. Kami sekeluarga berusaha untuk memberi semangat kepada ibu,” tulisnya.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi) , Facebook Syafiq Sidek


Pemandu Myvi rupanya pitam, terbabas selepas ziarah kubur suami 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list