Artikel Terkini

Pemandu Myvi, Wira terlibat kes langgar mati dua pejalan kaki ditahan

Pemandu Myvi, Wira terlibat kes langgar mati dua pejalan kaki ditahan
Pemandu Myvi, Wira terlibat kes langgar mati dua pejalan kaki ditahan 1

KUALA LUMPUR – Dua lelaki maut selepas dirempuh kereta jenis Perodua Myvi yang melanggar kereta jenis Proton Wira, di Jalan Raja Laut, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kemalangan itu melibatkan empat buah kereta dan empat orang pejalan kaki sekitar pukul 3 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi melanggar Proton Wira yang mengubah haluan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Perodua Myvi hilang kawalan lalu melanggar empat pejalan kaki sehingga salah seorang mangsa berusia 22 tahun parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Seorang lagi pejalan kaki meninggal dunia semasa menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dellhan, dua mangsa pejalan kaki yang lain terdiri daripada rakyat tempatan dan warga asing masih dirawat di hospital akibat cedera parah.

“Bagaimanapun, pemandu kereta jenis Proton Wira berusia 22 tahun dan Perodua Myvi berumur 20 tahun tidak mengalami kecederaan.

“Mereka kini sedang direman selama empat hari untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.- KOSMO! ONLINE.


Pemandu Myvi, Wira terlibat kes langgar mati dua pejalan kaki ditahan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  ‘Maaf, kami masih suami isteri’