Agak kecoh di media sosial petang tadi apabila pembida harta lelongan milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bernilai RM132,000 tidak dapat dihubungi dan menghilangkan diri, seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Difahamkan, lelaki yang dikenali sebagai Mohammad Syazwan Ahmad Feisol itu telah memberi alasan untuk ke bank bagi menguruskan pembayaran bidaan namun ‘lesap’ sehingga jam 4.10 petang dan tidak muncul-muncul kemudiannya.
Advertisement
Menurut peguam Nurul Hafidzah Hassan, lelaki itu memberitahu bahawa wang tunai untuk urusan pembayaran bidaan tersebut berada di rumah dan pihaknya telah memberi kebenaran untuk dia menyerahkan bayaran dalam bentuk draf bank terlebih dahulu.
Susulan kes kehilangan lelaki itu, nama Syazwan Fiesol menjadi tular di ruangan carian Facebook.
Hasil siasatan pantas netizen, carian mendapati bahawa lelaki itu sebenarnya pembantu peribadi kepada usahawan terkenal yang juga rakan baik Sajjad, Datuk Seri Aliff Syukri.
Meninjau ke ruangan profil lelaki itu, warga maya nampaknya telah membanjiri bahagian komen dan meninggalkan pertanyaan adakah dia individu yang membida harta lelongan Sajjad memandangkn nama mereka adalah sama.
Sehubungan insiden ini, sesi lelongan harta benda Sajjad akan diadakan semula pada tarikh yang akan diumumkan kelak, dijangka pada minggu hadapan.
Mungkin Datuk Seri Aliff Syukri ada nak komen sesuatu?
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo