Artikel Terkini

Pencuri barang kemas ditangkap dalam masa 32 minit

Pencuri barang kemas ditangkap dalam masa 32 minit
Pencuri barang kemas ditangkap dalam masa 32 minit 1

TEMERLOH – Polis Temerloh mengambil masa 32 minit untuk  memberkas seorang lelaki yang mencuri barang kemas yang bernilai RM91,000 dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Yusoff berkata, suspek ditahan dalam satu serbuan  di kawasan Mentakab pada jam 1.30 petang setelah menerima laporan pada jam 12.58 tengah hari.

“Pemilik kedai emas yang mendakwa telah berlaku kecurian barang kemas dalam sebuah premis miliknya di kawasan Mentakab.

“Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 10.30 pagi  suspek ketika pemilik kedai sedang melayan pelanggan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya suspek berumur 46 tahun telah berjaya ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di kawasan Mentakab dan berjaya merampas empat utas rantal emas yang dicuri suspek.

Katanya, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan perjudian.

Suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 21 hingga 24 Mac untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda. – MalaysiaGazette

Pencuri barang kemas ditangkap dalam masa 32 minit 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Hukuman Najib: Tengku Zafrul akan mefailkan afidavit betulkan fakta