Artikel Terkini

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Najib, Arul Kanda

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Najib, Arul Kanda
Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Najib, Arul Kanda 1

Notis rayuan difailkan hari ini.

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Najib, Arul Kanda
Najib Razak dan bekas CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

PETALING JAYA: Pihak pendakwaan dalam kes meminda laporan audit 1MDB memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas CEO dana pelaburan negara itu, Arul Kanda Kandasamy.

Sumber berkata, notis rayuan difailkan hari ini.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Najib daripada tuduhan menyalahgunakan kuasa dengan menyebabkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB.

Arul Kanda turut dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu.

Hakim Zaini Mazlan memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Najib mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam penghakiman, Zaini berkata, empat perkara yang dikeluarkan daripada laporan audit 1MDB itu tidak menimbulkan kemungkinan terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah yang dibawa ke atas Najib.

Zaini menegaskan saksi pendakwaan utama, iaitu bekas ketua audit negara, Ambrin Buang bersetuju beliau “tidak dipaksa” Najib untuk membuat perubahan terhadap laporan terdahulu.

Sementara itu, mahkamah memberikan sijil indemniti (pengecualian liabiliti undang-undang) kepada Arul Kanda, selepas berpuas hati dengan keterangannya adalah benar dan menyeluruh.

Najib didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk mendapat kekebalan daripada tindakan undang-undang dan menyebabkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu yang dikatakan dilakukan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya antara 22 hingga 26 Feb 2016.

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Najib, Arul Kanda 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor

See also  Warga emas cedera tersepit dalam kereta Perodua Kancil
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo