Artikel Terkini

Pendakwaan Muhyiddin satu serangan politik, persepsi salah

Pendakwaan Muhyiddin satu serangan politik, persepsi salah
Pendakwaan Muhyiddin satu serangan politik, persepsi salah 1

JOHOR BAHRU – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sepatutnya mempertahankan diri di makamah dan bukan berhujah di jalanan serta khalayak umum dengan melemparkan tuduhan bahawa pendakwaan terhadap dirnya adalah bersifat serangan politik.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil, berkata tanggapan bahawa pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri itu sebagai langkah musuh politik adalah satu persepsi yang silap kerana segala siasatan dan pertuduhan adalah mengikuti proses yang sewajarnya berlandaskan undang-undang.

“Bagi pihak kerajaan semestinya kita mengikut proses, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), juga Peguam Negara dah menyatakan bahawa mereka bersifat independent, tiada arahan daripada sesiapa, sebaliknya mereka cuma melihat kepada fakta dan membawa kes itu ke mahkamah,” katanya.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Johor, di sini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Hakim Azura Alwi kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin selain memerintahkan bekas perdana menteri itu menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Ketika diminta mengulas mengenai isu melibatkan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang ditegur penyanyi Amir Jahari kerana menggunakan lagunya bertajuk Hasrat sebagai lagu latar untuk hantaran video melibatkan pendakwaan kes Muhyiddin, Fahmi berkata setiap pihak perlu menghormati hak pengkarya.

“Mana-mana artis ada hak atas karya mereka, wajib kita hormati, itu paling baik, dan bila minta maaf, pohonlah sebaiknya,” katanya.- BERNAMA

See also  Ketua polis ‘kantoi’ ditangkap basah dengan isteri orang

Pendakwaan Muhyiddin satu serangan politik, persepsi salah 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo