Artikel Terkini

Penganggur pecut kereta sejauh 15 KM dicekup bawa 560 kg daun ketum

Penganggur pecut kereta sejauh 15 KM dicekup bawa 560 kg daun ketum
Penganggur pecut kereta sejauh 15 KM dicekup bawa 560 kg daun ketum 1

JELI – Seorang penggangur yang membawa sebanyak 560 kilogram daun ketum bernilai RM5,680 dicekup selepas memecut laju kereta dipandunya sejauh 15 kilometer untuk melarikan diri daripada polis di Kampung Base Camp di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, anggota polis yang menjalankan rondaan Ops Tapis pada awalnya melihat sebuah kereta jenis Proton Preve dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, anggota polis kemudiannya mengarahkan suspek yang berusia 25 tahun memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan Jalan Kampung Pasir Dusun, namun lelaki itu terus memecut laju kereta terbabit.

Menurutnya, melihat suspek yang ingkar arahan untuk berhenti, polis mengejar kereta tersebut sejauh 15 kilometer sebelum berjaya ditahan di Kampung Base Camp di sini.

“Suspek pada awalnya cuba meloloskan diri dan enggan menyerah diri sebelum dia akhirnya berjaya diberkas. Pemeriksaan pada tubuh badan suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian but dan tempat duduk belakang kereta terbabit menjumpai sebanyak 56 bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 560 kilogram yang dianggarkan bernilai RM 5,680,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di sini hari ini.

Menurut Saari, polis turut menemui satu liter air ketum di dalam botol plastik dan 100 mililiter cecair hitam dipercayai ubat batuk di dalam kereta tersebut.

Katanya, suspek dipercayai membawa masuk bekalan daun ketum itu dari sebuah negeri di utara untuk dijual di Tanah Merah dekat sini.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

See also  Pesawat Hornet: TUDM hantar pasukan ke Kuwait

Tambah Saari, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula Jumaat lalu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1)(a) akta sama dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – KOSMO! ONLINE

!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);

Penganggur pecut kereta sejauh 15 KM dicekup bawa 560 kg daun ketum 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo