Artikel Terkini

Penyampai berita cedera diseret Myvi, Janna Nick kebetulan lalu berjaya rakam bukti

Penyampai berita cedera diseret Myvi, Janna Nick kebetulan lalu berjaya rakam bukti
Penyampai berita cedera diseret Myvi, Janna Nick kebetulan lalu berjaya rakam bukti 1

Sejak semalam, tular di media sosial satu rakaman video seorang lelaki yang juga penyampai berita ditumbuk sebelum diseret oleh pemandu kereta Myvi yang cuba memecahkan cermin tingkap keretanya di Damansara Perdana.

Video tersebut kebetulan telah dirakam oleh dashcam milik pelakon terkenal, Janna Nick yang secara kebetulan melalui kawasan tersebut setelah pulang dari gym berhampiran.

Menerusi Harian Metro,  Khairul Rizuan Azizan, 34, telah mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.40 petang.

Menurutnya, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan sebenar untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.
“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, penyampai berita berkenaan memaklumkan suspek dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta.

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.
“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.
“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya.

Penyampai berita cedera diseret Myvi, Janna Nick kebetulan lalu berjaya rakam bukti 2

Susulan daripada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan mangsa cedera ringan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

“Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” katanya.

Penyampai berita cedera diseret Myvi, Janna Nick kebetulan lalu berjaya rakam bukti 3

Terdahulu, Janna Nick yang melalui kawasan tersebut telah memuat naik video rakaman dashcam miliknya ke media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram bagi menularkan kejadian tersebut.

Dia meminta orang ramai memberikan maklumat jika ada yang mengetahui plat nombor kereta suspek atau mengenali individu itu sebagai satu cara membantu lelaki berkenaan yang dipercayai disamun ketika kejadian.

Sumber: Instagram Janna Nick, Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)


Penyampai berita cedera diseret Myvi, Janna Nick kebetulan lalu berjaya rakam bukti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list