Artikel Terkini

Penyedia Telegram akan dipanggil bincang isu sebaran bahan

Penyedia Telegram akan dipanggil bincang isu sebaran bahan
Penyedia Telegram akan dipanggil bincang isu sebaran bahan 1

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penyedia aplikasi Telegram bagi membincangkan isu berkaitan penyebaran bahan yang menyalahi undang-undang di negara ini seperti kandungan berunsur penipuan (scammer), ekstrimisme, agama, pornografi dan berita palsu.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, kerajaan memandang serius soal keselamatan siber atau atas talian bagi semua platform media sosial termasuk Telegram.

Kata beliau, pihaknya mengakui wujud kelompongan dan terdapat isi kandungan yang membimbangkan menerusi aplikasi tersebut.

“Justeru, kementerian akan memanggil Telegram bagi mengadakan perbincangan menyeluruh dalam tempoh terdekat dan langkah itu bukan bersifat mengambil tindakan namun lebih kepada menyatakan kerisauan beberapa isu yang timbul berkaitan penyebaran bahan terutama scammer,” katanya ketika ditemui selepas program TownHall Rakyat di Karangkraf di sini, malam ini.

Jelas Ahmad Fahmi, pihaknya turut tidak mahu bertindak terlalu tegas kepada semua penyedia platform sedia ada.

Tambah beliau, fokus KKD kini mahu menemui semua penyedia platform digital terlebih dulu bagi menjalin kerjasama positif dan konstruktif selain meminta CyberSekuriti Malaysia untuk meneliti isu keselamatan semua aplikasi bagi membaiki kelompongan sedia ada. – KOSMO! ONLINE


Penyedia Telegram akan dipanggil bincang isu sebaran bahan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  Rumah flat sarang PATI akan terus digempur