Artikel Terkini

Penyelarasan pencen veteran ATM masuk Belanjawan 2024

Penyelarasan pencen veteran ATM masuk Belanjawan 2024
Penyelarasan pencen veteran ATM masuk Belanjawan 2024 1

KUALA LUMPUR – Penyelarasan pencen untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2024.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan apabila berkata, penyelarasan perlu dilakukan dengan penuh teliti dan tidak boleh dibuat secara bidan terjun.

“Insya-Allah…kalau pun dibuat bukan untuk tahun kewangan ini, atau pun kalau kita buat kita prepare untuk bajet session 2024.

“Akan kita bincang betul-betul dan jika diluluskan oleh kerajaan, ia akan dimasukkan ke dalam Bajet 2024,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai  kekecewaan veteran ATM yang masih ternanti-nanti janji penyelarasan pencen yang ditawarkan sejak sekian lama dan ada pihak menganggap pengorbanan mereka melawan pengganas komunis tidak dihargai.

Pada minggu lalu, Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor beremosi ketika mencelah penggulungan Belanjawan 2023 oleh Mohamad di Dewan Rakyat melahirkan kekecewaan mengenainya.

Khlir berkongsi cerita beliau mendukung mayat rakannya ketika berperang dengan komunis.

Beliau memberitahu, ada antara veteran tentera yang umurnya sudah menjangkau 70 tahun namun masih ternangti-nantikan pelarasan pencen mereka.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya turut akan meneliti sebaik mungkin opsyen yang baik untuk tujuan berkenaan.

Ujarnya, beliau telah meminta timbalannya (Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz) untuk menumpukan perhatian mengenai perkara itu bersama-sama dengan semua pemegang taruh di kementerian.

“Kita akan buat beberapa opysen yang seperti yang saya sebut dalam Parlimen.

“Saya tak suka buat paper, paper saya kena reject. Bagi saya, itu bukan confidence yang bagus…kita nak buat kertas kerja yang munasabah, kertas kerja yang boleh diterima oleh kerajaan dan mengggembirakan semua orang,” ujarnya.

See also  “Aku Silap, Tak Perlu Pun Beriya Tunjuk Perut & Dada Bila Turun Berat Badan”

Terdahulu, pada majlis itu, Mohamad mengumumkan kadar dividen yang diterima Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun lepas sebanyak lima peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM476.45 juta.

Ia merupakan peningkatan kadar diveden berbanding tahun sebelumnya sebanyak 4.1 peratus dengan jumlah pembayaran RM379.42 juta. – MalaysiaGazette

 

Penyelarasan pencen veteran ATM masuk Belanjawan 2024 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo