Artikel Terkini

Perlumbaan Angkasa India-Pakistan, Siapa Menang?

Perlumbaan Angkasa India-Pakistan, Siapa Menang?
Perlumbaan Angkasa India-Pakistan, Siapa Menang? 1

Sudah 47 tahun berlalu sejak Perlumbaan Angkasa US-USSR (1957-1975) menutup tirai. Bahangnya kini mungkin tidak lagi dirasai. Namun, dunia masih terus bergerak ke depan bersama pelbagai misi.

Memang misi pendaratan manusia ke bulan tidak akan diulang. Setidaknya sebelum tahun 2025. Tetapi angkasa sentiasa diteroka. Bermula dari bulan (1969), Zuhrah (1970), Marikh (1971), hinggalah ke matahari (2021).

Semua agensi pun saling bersaing. Baik kalangan swasta seperti SpaceX, Blue Origins, dan Virgin Galactic. Ataupun kalangan agensi kerajaan seperti NASA, Roscosmos (Russia), dan CNSA (China). Memang perhatian dunia banyak dihala ke situ.

Namun dalam empat tahun ini, tumpuan mula diberi pada Asia Selatan; rantau yang menjadi medan bagi satu lagi perlumbaan angkasa. Iaitu melibatkan India dan Pakistan. Masing-masing merupakan antara agensi terawal di Asia – lebih awal berbanding agensi milik Korea Selatan (1989) dan China (1993).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

SUPARCO dari Pakistan ditubuhkan pada 1961, manakala ISRO kepunyaan India pula pada 1969. Jika lihat tahun-tahun awal, perlumbaan memang didominasi Pakistan. Pada 1961 saja, agensi itu menghantar empat orang saintis ke NASA bagi menjalani latihan berkait sains angkasa.

Tentunya, kerjasama Pakistan-AS itu dijalin secara dua hala; AS bantu Pakistan jayakan program angkasa, Pakistan pula perlu berkongsi data cuaca di Lautan Hindi.

Setahun kemudian, AS sekali lagi membantu. Kali ini melibatkan program REHBAR, dengan roket pertama dilancarkan pada 7 Jun 1962 di Sonmiami, Balochistan. Program tersebut sempat berjalan selama sedekad sehingga ke REHBAR-24. Sepanjang sedekad itu juga, Pakistan melancarkan sebanyak 200 buah roket (kebanyakan ialah roket perum).

Rekaan semula imej Rehbar-1

Pencapaian tersebut bukan saja menjadikan Pakistan sebagai negara ketiga di Asia (selepas Israel dan Jepun) yang melancarkan roket sendiri, tetapi juga negara pertama dari dunia Islam yang berbuat demikian.

Cuma, SUPARCO pantas disaingi ISRO. Pada awal penubuhannya, ISRO memang lebih menumpu pada pembinaan satelit dan kenderaan pelancar. Justeru ketika itu, India tiada program seperti REHBAR.

Tetapi memasuki dekad 1970an, dominasi India mula dirasai. Atas bantuan Soviet, India melancarkan satelit pertamanya (Aryabhata) pada 1975. Ini 15 tahun lebih awal berbanding Pakistan, yang hanya mampu melancarkan Badr-1 pada 1990 – tahun di mana India mula memberi perhatian kepada teknologi nuklear dan senjata luar-angkasa.

Sememangnya, kesilapan terbesar Pakistan adalah terlalu awal beralih ke dua sektor itu (sebagai langkah berawas terhadap India). Ia gara-gara pergolakan yang berlaku pada tahun 1971, sampai mengakibatkan Pakistan-Timur berpisah lalu membentuk Bangladesh.

Semenjak itu, pemimpin Pakistan (dari Zulfikar Ali Bhutto hingga Zia ul-Haq) mengubah halatuju SUPARCO. Visi angkasa diketepikan lalu diganti dengan visi membangun senjata nuklear. Ramai tenaga pakar dipindahkan. Suara Abdus Salam (pengasas SUPARCO) sendiri dipadam (sebab menganut tarikat Ahmadiyah yang dianggap sesat).

Peruntukan juga banyak ditarik. Menurut laporan, bajet tahunan SUPARCO hanya $36 juta saja – berbanding $1.9 billion bagi ISRO. Kalau dibandingkan ekonomi pun, Pakistan memang di belakang India ($1,900 berbanding $1,190 dalam GDP per kapita).

Itu belum lagi bercerita tentang hutang Pakistan yang sudah mencecah PKR 50.5 trillion ($275.9 billion), di samping nilai matawangnya yang sepanjang tahun lepas sahaja jatuh sebanyak 12%.

Paksat-1R milik Pakistan

Ditambah dengan kurangnya pendedahan tentang subjek aeroangkasa dalam institusi pendidikan, Pakistan memang seakan bermimpikan bulan jatuh ke riba. Bayangkan, negara itu cuma ada 3 universiti saja yang menawarkan program sarjana muda dalam bidang sains angkasa – berbanding lebih 15 buah di India.

Tidak dinafikan memang Pakistan berjaya dalam bidang persenjataan. Ia memiliki peluru berpandu balistik yang berdaya saing. Contohnya MRBM Shaheen-2 (jarak tembakan 2,000 km) dan Ghauri (1,500 km). Namun, hal ini dibayangi India yang turut memiliki teknologi sama bahkan lebih maju.

Contohnya pada tahun lalu, mereka baru saja menguji peluru berpandu antara-benua (Agni-5) yang berupaya menembak sejauh 5,000 km (lebih jauh berbanding New Delhi – Kota Kinabalu). India juga baru saja menguji teknologi anti-satelit (A-SAT) pada tiga tahun lalu. Ini sekali gus meletakannya sebagai negara keempat selepas AS, Russia, dan China yang memiliki teknologi berkenaan.

Di samping itu, India turut mempunyai 13 buat satelit tentera, termasuk Cartosat-1 dan 2 serta Risat-1 dan 2 bagi tentera darat dan GSAT-7 dan INSAT-4F bagi tentera laut.

Agni-5

Sebab utama India mampu terkehadapan adalah kerana ia membahagikan kefungsian secara jelas; program misil dan pertahanan diuruskan oleh DRDS dan DRDO manakala program angkasa pula dikendalikan oleh ISRO.

Sebab kedua, ISRO konsisten dengan matlamatnya sejak mula: pertama mahu menjadi hub pelancar satelit dunia dan kedua mahu menyaingi NASA dalam penerokaan angkasa.

Jadi, sejak 1970an lagi ISRO sudah membina kenderaan pelancar (launch vehicle) sendiri – berbeza dengan Pakistan yang masih mengharapkan bantuan asing (NASA dan kemudian CNSA) untuk melancarkan satelit (yang juga dibina di negara asing).

Hari ini, ISRO menjadi pilihan beberapa negara seperti Jerman, Korea Selatan, Jepun dan Perancis untuk melancarkan satelit masing-masing ke angkasa. Syarikat seperti Google juga menggunakan roket milik ISRO sebagai pelancar. Dianggarkan sepanjang 2008-2018, India sudah pun melancarkan sebanyak 143 buah satelit komersial ke angkasa.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Hal ini lantas menyumbang kepada ekonomi India. Dianggarkan, nilai industri angkasa negara itu bakal melonjak dari $350 billion kepada $11 trillion menjelang 2040. Keampuhan ekonomi ini memberi kelebihan kepada India untuk meneroka angkasa dengan lebih giat.

Misalnya pada Februari 2017, negara itu mencipta rekod dengan melancarkan sebanyak 104 satelit menggunakan sebuah roket. Empat tahun sebelum itu, India menghantar prob angkasa (PSLV-C25) ke Marikh.

Misi pertamanya ke bulan pada 2008 (melalui prob Chandrayaan-1) pula menyumbang kepada penemuan air di permukaan bulan. Ini dilakukan tiga tahun sebelum Pakistan menghantar satelit komunikasi Paksat-1R ke angkasa.

Infografik tentang Chandrayaan-1, prob angkasa yang temui air di bulan pada 2008

Paling terkini, India berhasrat mahu menunjukkan kemampuan menghantar angkasawan ke orbit rendah bumi dan membawa mereka kembali dengan selamat. Ia merupakan misi angkasawan pertama India (misi Gaganyaan) dan dijangka akan dilancarkan tahun ini. Pada tahun ini juga India merancang untuk melancarkan misi Aditya-L1 untuk mengkaji matahari.

Sebagai reaksi, PM Imran Khan pada 2018 menyatakan yang Pakistan juga bakal melakukan hal sama – menghantar angkasawan pertamanya ke angkasa pada tahun ini dengan menaiki roket China. Beliau juga mengumumkan kerjasama dengan CNSA untuk membina Pusat Angkasa Pakistan.

Menjadi atau tidak perancangan kedua-dua negara terbabit, kita sama-sama nantikan. Cuma apa yang pasti, Pakistan hari ini bukan tandingan India. Lihat saja jumlah satelit kedua-dua negara. Sejak 1975, India sudah melancarkan 129 buah berbanding 6 buah sahaja bagi Pakistan. Terlalu berbeza berbanding 50 tahun dahulu.

RUJUKAN

Cobb, Wendy Whitman. (2019, 11 September). The next big space race is happening in Asia. PopSci.

Dillard, George. (2020, 16 July). The South Asian Space Race. Medium.

Dixit, Rekha. (2019, 29 July). Will Pakistan’s space aspirations ever match India’s? The Week.

Mansoor, Raja. (2018, 1 February). Pakistan is Losing the Space Race. The Diplomat.

Sahim, Sarmad. (2020). SUPARCO vs ISRO. Scientia Mag.

 

 

Perlumbaan Angkasa India-Pakistan, Siapa Menang? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list