Artikel Terkini

Pernah diserang musuh jadi pemangkin kekal bertugas sampai akhir perkhidmatan

Pernah diserang musuh jadi pemangkin kekal bertugas sampai akhir perkhidmatan
Pernah diserang musuh jadi pemangkin kekal bertugas sampai akhir perkhidmatan 1

JOHOR BAHRU – Meskipun pernah diserang musuh ketika bertugas di Pulau Mataking, Sabah peristiwa itu tidak mematahkan semangat seorang pegawai polis untuk terus berkhidmat menjaga kedaulatan negara.

Biarpun baharu ditugaskan di Sarawak dan Sabah setelah tamat latihan pada tahun 1985, Superintendan Aziman Wardi terus mengabdikan diri untuk terus bertugas menjaga keselamatan negara sehingga ke akhir perkhidmatan.

“Saya mula masuk polis pada 1 Julai 1985, selepas tamat latihan saya terus ditugaskan ke Sarawak. Banyak pengalaman telah saya tempuhi antaranya masalah pengangkutan di sana pada tahun itu, pernah bertugas dalam era komunis.

“Walau penempatan penugasan saya di Sarawak tetapi kami juga bertugas untuk menjaga perairan Sabah, dari Tawau sehinggalah ke Kudat.

“Peristiwa serangan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada 2013, insiden itu mengingatkan saya sebab pernah bertugas di sana,”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Aziman merupakan antara 167 pegawai dan anggota polis serta orang awam yang menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Johor sempena Majlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-216.

Hadir menyempurnakan majlis ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M. Kumar.

Aziman yang berasal dari Kampung Parit Panjang, Air Baloi, Pontian itu akan menamatkan perkhidmatan pada 6 April ini selepas 38 mencurahkan bakti bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan IPK Johor.

Aziman yang kini berusia 60 tahun turut menasihati pegawai dan anggota yang masih bertugas agar menghindari dari melakukan kesalaham jenayah ketika bertugas.

“Kita bekerja dengan satu badan beruniform, kita ada peraturan, kita ada tatacara kerja, kita ada disiplin, hindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara atau jenayah merosakkan diri kita dan perkhidmatan kita terutamanya anggota dan pegawai yang baharu khususnya penyalahgunaan dadah termasuk rasuah,”katanya.-KOSMO! ONLINE

See also  (VIDEO) “Mesti Uwais Rindu Sarah..” – Ramai Sebak Tengok Lakonan Anak Shuib Sempena Hari Ibu


Pernah diserang musuh jadi pemangkin kekal bertugas sampai akhir perkhidmatan 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo