Artikel Terkini

Pernas anjur program Back To School bantu 250 pelajar

Pernas anjur program Back To School bantu 250 pelajar
Pernas anjur program Back To School bantu 250 pelajar
Pernas anjur program Back To School bantu 250 pelajar 1

PETALING JAYA – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah menganjurkan program Back To School dengan memberi sumbangan kepada 250 pelajar dari dua buah sekolah di Kampung Kerinchi, Bangsar South, Kuala Lumpur.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada  200  pelajar asnaf dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai dan 50  pelajar asnaf daripada Sekolah Rendah Agama (SRA) Ar-Rahah.

Ini adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama pada tahun yang mana Pernas telah memperuntukkan zakat wakalah sebanyak RM107,800 untuk disumbangkan kepada mereka melalui pengagihan barangan keperluan sekolah seperti baju, stoking, kasut sekolah, alat tulis serta wang tunai berjumlah RM100 seorang.

Inisiatif CSR Back To School ini juga adalah sebagai tanda keprihatinan
syarikat untuk membantu golongan asnaf dalam menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar-pelajar sekolah yang majoriti adalah kategori miskin bandar dan memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak.

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, program CSR seumpama ini membuktikan bahawa agensi-agensi kerajaan sentiasa
peka dan komited dengan keperluan masyarakat.

“Pernas juga telah beberapa kali melaksanakan inisiatif CSR bersama SMK
Seri Pantai yang merupakan sekolah angkat Pernas dengan menyumbang kepada pihak sekolah bagi menambah baik infrastuktur bilik-bilik khas di
sekolah tersebut.” tambah beliau.

Selain Program Back To School, Pernas juga mempunyai beberapa
inisiatif CSR yang akan dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu
golongan yang memerlukan. KOSMO! ONLINE

 


Pernas anjur program Back To School bantu 250 pelajar 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo