BANGKOK – Polis di Nonthaburi, tengah Thailand, memanggil anak lelaki kepada seorang bilionair Chiang Mai untuk berdepan dakwaan oleh seorang wanita yang dia kenali dalam aplikasi temu janji bahawa suspek menyerang dan menggigit wanita berkenaan semasa hubungan seks serta memaksa mangsa memindahkan wang ke dalam akaun banknya, lapor laman berita Thaiger hari ini
Kelmarin, mangsa yang berusia 28 tahun dan hanya dikenali sebagai A iaitu seorang pekerja pejabat, pergi ke Balai Polis Rattanathibet di Nonthaburi untuk memfailkan aduan terhadap lelaki berketurunan India-Amerika bernama Khittiphot.
Mangsa tiba di balai polis berkenaan dengan banyak kesan lebam pada badannya.
A berkata bahawa dia mengenali Khittiphot cuma selama lima hari selepas berkenalan melalui aplikasi temu janji pada 1 Mac lepas
Kata mangsa, Khittiphot memukul dan menggigit kemaluannya semasa mereka bersetubuh, menyebabkan dia kesakitan dan badannya lebam-lebam.
Menurut A, suspek turut menghina dan menggigit jari, kemaluan serta mukanya.
Dia mengugut mangsa supaya memindahkan wang beribu-ribu baht ke dalam akaun banknya, kata A kepada polis.
Khittiphot yang memiliki ibu berketurunan Amerika, merupakan anak lelaki kepada seorang bilionair perhotelan terkenal di Chiang Mai, demikian menurut akhbar DailyNews.
Superintendan Balai Polis Rattanathibet, Kolonel Polis Thanamet Wichitjariya berkata, dia mendapat panggilan daripada A menyatakan bahawa mangsa telah diserang. Justeru , dia menghantar anggota-anggotanya ke kondominium A.
Polis menemui A dan Khittiphot bertengkar di luar kondominium pengadu dan mengasingkan mereka.Polis bertanya A sama ada dia mahu membuat laporan polis namun, mangsa berkata bahawa waktu tersebut tidak sesuai baginya.
A kemudian meminta polis mengusir suspek dari kondominium itu sehingga dia bersedia untuk membuat aduan.
Justeru , polis meminta Khittiphot supaya beredar.
Mangsa membuat laporan polis terhadap anak lelaki bilionair berkenaan kelmarin.
A memberitahu bahawa dia telah diugut oleh Khittiphot sejak hari pertama dia bertemunya.
A menyatakan bahawa apabila dia bertegas untuk mengadu kepada polis, Khittiphot menjawab dengan marah: “Kamu fikir polis boleh menyentuh saya?” – AGENSI
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo