Artikel Terkini

PPMM kutuk tindakan India larang pelajar Islam bertudung

PPMM kutuk tindakan India larang pelajar Islam bertudung
PPMM kutuk tindakan India larang pelajar Islam bertudung 1

SHAH ALAM, 12 Rejab 1443H, Isnin – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mengutuk larangan pemakaian tudung dalam kalangan pelajar Islam di sekolah kerajaan, di selatan India, baru-baru ini.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengingatkan kerajaan India supaya menamatkan dasar Islamofobia selaras dengan Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tegasnya, larangan yang berlaku baru-baru ini dipercayai didorong oleh dasar diskriminasi di India yang meminggirkan masyarakat Islam.

“Kami telah mengikuti dengan penuh kebimbangan, perkembangan peningkatan sentimen Islamofobia di India, yang mungkin didorong oleh dasar diskriminasi yang meminggirkan minoriti Islam dalam negara itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainul Rijal berkata, pada Disember 2019, dilaporkan bahawa Akta Pindaan Kewarganegaraan India telah mendorong tanggapan negatif terhadap orang Islam.

Malah, terdapat pelbagai laporan diskriminasi yang dihadapi oleh umat Islam dalam sektor pekerjaan, pendidikan dan perumahan, sementara mereka yang menyerang umat Islam terlepas daripada sebarang hukuman.

Justeru, PPMM menggesa kerajaan India menamatkan dasar yang bersifat diskriminasi terhadap orang Islam selaras dengan Resolusi No A/HRC/RES/16/18 berkait memerangi intoleransi dan diskriminasi yang dicapai pada tahun 2011.

Perenggan 6(a),(b) dan (d) Resolusi 16/18 tersebut khususnya meminta semua negara untuk mengambil langkah yang berkesan bagi memastikan petugas awam tidak mendiskriminasi seseorang individu atas dasar agama atau kepercayaan.

“… dan untuk memupuk kebebasan beragama dengan mempromosikan keupayaan semua komuniti agama untuk menyatakan agama mereka, dan menyumbang secara terbuka dan pada kedudukan yang sama di kalangan masyarakat,” katanya memetik resolusi.

Sehubungan itu, Zainul Rijal berkata, PPMM sebagai sebahagian daripada komuniti antarabangsa, ingin mengingatkan tanggungjawab kerajaan India untuk menamatkan dasar Islamofobia secara amnya, selaras dengan penerimaan Resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

Terdahulu, sekolah kerajaan di negeri Karnataka, telah melarang pelajar perempuan Islam daripada memakai tudung di kolej mereka, yang menyebabkan seorang pelajar perempuan Islam, dikenali sebagai Muskan Bibi Khan, secara terang-terangan diganggu oleh sekumpulan individu yang berang, hanya kerana dia memakainya.

Situasi berkenaan mencetuskan demontrasi apabila pelajar bersama ibu bapa mengadakan bantahan melaungkan slogan dan berhimpun di jalanan sebagai protes terhadap larangan bertudung.

Keadaan itu juga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar Islam dan menganggap hak beragama mereka dirampas di negara yang majoriti penduduknya beragama Hindu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

PPMM kutuk tindakan India larang pelajar Islam bertudung 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list