Artikel Terkini

Rakyat ke arah miskin tegar akibat konflik di Yaman

Rakyat ke arah miskin tegar akibat konflik di Yaman
Rakyat ke arah miskin tegar akibat konflik di Yaman 1

KAHERAH, 12 Rejab 1443H, Isnin – Program Makanan Sedunia (WFP) PBB memberi amaran mengenai peningkatan kadar kemiskinan dalam kalangan keluarga di Yaman, di tengah-tengah pertempuran berterusan di seluruh negara yang bergolak itu.

Dalam satu kenyataan, WFP berkata, kejatuhan nilai mata wang dan kenaikan harga makanan menjerumus ramai keluarga di Yaman ke dalam kemiskinan tegar.

“Akibatnya, kebuluran semakin meningkat menyebabkan ramai yang bergantung kepada bantuan makanan,” katanya.

Isnin lalu, Koordinasi PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) juga memberi amaran bahawa 11 juta orang di Yaman akan berdepan kebuluran kerana kekurangan dana untuk bantuan menyelamatkan nyawa di negara bergolak itu.

Yaman dilanda keganasan dan ketidakstabilan sejak 2014, apabila pemberontak Houthi menawan sebahagian besar negara itu, termasuk ibu negara, Sanaa.

Gabungan diketuai Arab Saudi – yang bertujuan mengembalikan semula kerajaan Yaman – telah memburukkan keadaan, menyebabkan salah satu krisis kemanusiaan yang paling teruk di dunia.

Menurut anggaran PBB, hampir 80 peratus atau kira-kira 30 juta orang memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan, selain lebih daripada 13 juta orang berdepan ancaman kebuluran.

Keadaan kemanusiaan di Yaman diburukkan lagi dengan kejatuhan nilai mata wang tempatan, yang mencecah lebih 1,200 riyal berbanding dolar AS pada 2022.

Sebelum tercetusnya konflik Yaman pada tahun 2014, harga dolar adalah 215 riyal Yaman di pasaran tempatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Rakyat ke arah miskin tegar akibat konflik di Yaman 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list