Artikel Terkini

Ras Adiba diumum antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023

Ras Adiba diumum antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023
Ras Adiba diumum antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023 1

Anugerah berprestij itu akan disampaikan Rabu ini bagi mengiktiraf usaha sekumpulan 11 wanita luar biasa dari seluruh dunia.

Ras Adiba diumum antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023
Ras Adiba Radzi diumum antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023 (IWOC) di Rumah Putih pada Rabu ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Senator Ras Adiba Radzi diumumkan sebagai antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) bagi 2023 yang dijadualkan berlangsung di Rumah Putih pada Rabu ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) hari ini, Setiausaha Negara Anthony J Blinken dan Wanita Pertama AS Jill Biden akan menjadi hos acara tahunan itu.

“Majlis Anugerah IWOC akan memberi penghormatan kepada sekumpulan 11 wanita luar biasa dari seluruh dunia yang berusaha membina masa depan lebih cerah untuk semua,” katanya.

Kenyataan itu menyebut Ras Adiba telah menghabiskan kebanyakan masa profesionalnya untuk memajukan serta mempromosi hak asasi manusia tanpa mementingkan diri sendiri dengan membantu populasi rentan dan menggunakan pelbagai platform untuk mengetengahkan ketidakadilan dalam masyarakat di Malaysia.

Pada Mei 2020, beliau dilantik sebagai senator bagi mewakili golongan kurang upaya.

Pada November 2020, Ras Adiba menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang merupakan saat bersejarah kerana Malaysia kekurangan pemimpin wanita lebih-lebih lagi daripada golongan kurang upaya.

Ras Adiba juga pernah mewakili negara dalam acara menembak pada temasya sukan paralimpik dan mengabadikan namanya dalam Buku Rekod Malaysia kerana melakukan perjalanan sejauh 420 kilometer dengan berkerusi roda selama 13 hari dari Johor Bharu ke Putrajaya.

Penerima lain anugerah berprestij itu termasuk Dr Zakira Hekmat dari Afghanistan, Alba Rueda dari Argentina dan Donis Rios dari Costa Rica.

Ras Adiba diumum antara penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah

See also  Suami Rohana Jalil Cadang Ambil Tindakan Pihak Cuai Buat Pembedahan
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo