Artikel Terkini

Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggal ketika rakaat ke-20 tarawih

Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggal ketika rakaat ke-20 tarawih
Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggal ketika rakaat ke-20 tarawih 1

Setiap insan yang hidup pasti mengharapkan pemergian dalam keadaan husnul khatimah iaitu satu pengakhiran yang cukup baik.

Walaupun kehilangan orang yang kita sayang merupakan sesuatu yang menyakitkan, namun jika Allah S.W.T sudah berkehendak, kita sebagai makhluk hanya perlu reda.

Hal ini samalah seperti laporan dari Utusan Malaysia apabila memaklumkan pemergian seorang jemaah di Masjid Tunku Intan Safinaz, Kampung Lanai, Baling apabila meninggal dunia pada rakaat terakhir solat tarawih.

Zamri Saad, 51, dari Lorong Sungai Tas, Kampung Lanai telah rebah ketika solat pada rakaat ke-20 sebelum disahkan meninggal dunia di masjid itu.

Salah seorang jemaah masjid itu berkata, arwah telah solat satu saf dengan jemaah lain dan berada di belakang imam.

“Ketika rakaat ke-20 sebelum tahiyat akhir, tiba-tiba dia rebah dan kami terdengar bunyi dengkuran yang agak kuat. Jemaah sempat menghabiskan solat dan terus mendapatkan arwah yang ketika itu nazak dan kami sempat mengajarnya mengucap syahadah,” katanya.

Menurut jemaah itu lagi, ketika berbuka puasa arwah menyatakan tidak boleh makan juadah kurma kambing namun meminta izin untuk membawa sedikit lauk tersebut pulang bagi dirasai oleh anak-anaknya.

“Arwah juga ada mengadu pada jemaah lain dia sakit dada,” jelasnya.

Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggal ketika rakaat ke-20 tarawih 2

Dalam pada itu, isteri kepada arwah, Rohani Mohd. Noor, 51, pula berkata yang dia tidak sangka suaminya akan meninggal dunia di masjid berkenaan kerana itulah kali pertama arwah berbuka puasa di masjid pada Ramadan tahun ini.

“Semalam, arwah berpeluang ke masjid untuk berbuka puasa kerana sebelum ini dia hanya berbuka puasa di rumah bersama anak-anaknya seramai tujuh orang. Arwah tergerak untuk berbuka puasa di masjid serta solat terawih dan arwah mengajak saya mengikutnya tetapi saya tidak mengikutnya kerana saya mahu solat di surau berdekatan,” kata Rohani.

Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggal ketika rakaat ke-20 tarawih 3

Selain itu, Rohani juga memaklumkan yang suaminya sentiasa tekun beribadat dan kerap bangun tengah malam untuk solat tahajud sejak mengalami serangan jantung beberapa tahun yang lepas.

Dia dan arwah telah dikurniakan tujuh orang anak dan sudah pun membeli baju raya sedondon untuk digunakan pada hari raya nanti namun hal tersebut tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T lebih-lebih lagi mengetahui suami ‘pergi’ ketika sedang beribadah di masjid.

Sumber: Utusan Malaysia (Norlia Ramli), kredit foto: Facebook

 


Rebah sebelum tahiyat akhir, jemaah meninggal ketika rakaat ke-20 tarawih 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari 880620105443 saif muhtar

Back to list