Artikel Terkini

Remaja dilahirkan ibu Myanmar diberi kerakyatan

Remaja dilahirkan ibu Myanmar diberi kerakyatan
Remaja dilahirkan ibu Myanmar diberi kerakyatan 1

Remaja dilahirkan ibu Myanmar diberi kerakyatan
Peguam berhujah remaja itu hanya perlu menunjukkan beliau dilahirkan di Malaysia dan bukan rakyat negara lain. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang remaja perempuan 15 tahun yang dilahirkan kepada bapa Malaysia dan ibu Myanmar diberikan taraf kewarganegaraan.

Hakim Noorin Badaruddin, dalam membenarkan semakan kehakiman oleh bapa berusia 41 tahun dan remaja itu, turut mengarahkan status tanpa kerakyatan dalam sijil kelahirannya diubah.

Noorin membenarkan perintah mandamus supaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Ketua Pengarahnya mengeluarkan MyKad kepada gadis itu.

Hakim turut memerintahkan kos RM5,000 kepada bapa dan anak perempuannya, yang identiti mereka dirahsiakan atas permintaan mereka.

Peguam N Surenthra Ananth, yang mewakili kedua-dua pemohon, berkata pengisytiharan itu diberikan di bawah Seksyen 1(e) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Kanak-kanak itu dilahirkan di sini pada 2007, tetapi bapanya kemudian mengahwini seorang wanita Malaysia dan mengambilnya sebagai anak angkat secara rasmi.

Mereka memohon supaya kanak-kanak itu diberikan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, tetapi ia ditolak Menteri Dalam Negeri.

Akhirnya, mereka memfailkan semakan kehakiman dua tahun lalu untuk kanak-kanak itu diisytiharkan sebagai warganegara di bawah Seksyen 1(e) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Surendra, yang dibantu Calvin Khoo, berkata hujah utama ialah di bawah Seksyen 1(e), kanak-kanak itu hanya perlu menunjukkan beliau dilahirkan di Malaysia dan bukan rakyat negara lain.

Katanya, sijil kelahirannya menunjukkan beliau dilahirkan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, pemohon turut mengemukakan undang-undang berkaitan di Myanmar yang menunjukkan beliau tidak berhak mendapat kerakyatan Burma melalui undang-undang dikuatkuasakan.

Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin mewakili kerajaan.


Remaja dilahirkan ibu Myanmar diberi kerakyatan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list