Artikel Terkini

RoS luluskan usul UMNO tidak pertanding Presiden, Timbalan Presiden sah – KDN

RoS luluskan usul UMNO tidak pertanding Presiden, Timbalan Presiden sah – KDN
RoS luluskan usul UMNO tidak pertanding Presiden, Timbalan Presiden sah - KDN 1

PETALING JAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah memberi pengecualian kepada usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Pesiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Perkara itu dimaklumkan Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan hari ini.

“Kementerian telah meneliti mengenai ketetapan yang telah dibuat oleh PAU 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO pada 3 Mac lalu.

“Berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] telah memutuskan memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 12(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang,” katanya.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) telah memberi kelulusan terhadap usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan seperti diluluskan dalam PAU 2022.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta Ahmad Zahid menunjukkan surat tersebut susulan terdapat dua laporan berbeza mengenai usul tambahan berkenaan. – KOSMO! ONLINE


RoS luluskan usul UMNO tidak pertanding Presiden, Timbalan Presiden sah - KDN 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

See also  (VIDEO) Gara-Gara Video Makan ‘Fries’ Bersepah, Influencer Kena ‘Face Shaming’ Sudi Maafkan Netizen – “Yang Jadikan Saya Ni Allah S.W.T”