Artikel Terkini

Rosyam jual kambing perap pula

Rosyam jual kambing perap pula
Rosyam jual kambing perap pula 1

KUALA LUMPUR – Ibarat tidak boleh duduk diam, pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor kini menjual kambing perap pula.

Dikenali Rosyam Kambing Perap, produk itu tampil dengan sos Korea Hot & Spicy yang pertama di Malaysia di mana keistimewaannya terletak pada sos tersebut.

Menurut Rosyam yang juga pengasas produk itu yakin ia bakal mendapat sambutan  memandangkan ia gabungan kambing perap dengan sos pedas Korea pertama berada di pasaran.

“Bukan sahaja muzik Kpop menjadi fenomena di Malaysia malah apa sahaa produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai yang menyebabkan kami menginspirasikan sos pedas Korea yang digemari ramai ketika ini.

“Pelancaran kambing perap ini juga tepat pada masanya ketika umat Islam menyambut Ramadan dan menu ini boleh menjadi antara juadah berbuka puasa buat seisi keluarga dan rasanya yang pedas pasti membuka selera,” katanya pada majlis pelancaran produk itu baru-baru ini.

DSC08807 1024x576 1
Rosyam Nor aktif mempelbagaikan bisnesnya dalam pelbagai bidang.

Rosyam, 56, yang masih aktif dalam penerbitan drama di bawah produksi miliknya, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. sebelum ini turut mempunyai bisnes pasar raya jenamanya sendiri iaitu ST Rosyam Mart

Dia yang berusia sebelum ini juga pernah menceburi bidang pertanian menerusi projek tanaman nangka madu J33 dan durian belanda.

Rosyam menambah, dalam mempelbagaikan citarasa, kambing perap itu menggunakan bahan bermutu tinggi dan premium selain pelanggan juga boleh  menikmatinya dengan sos BBQ.

Kata beliau, sebagai promosi pengenalan, kambing perap itu dijual pada harga RM43.90 di mana sepanjang Ramadan ini ia dijual pada harga promosi  RM39.90 sehingga 9 April ini.

“Orang ramai boleh membelinya dari stokis dan ejen yang  terdapat di Selayang, Klang, Puchong, Petaling Jaya, Melaka, Pasir Gudang (Johor) dan Gelang Patah (Johor).

See also  Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Tidak Senonoh

“Mereka juga boleh membelinya di semua outlet ST Rosyam Mart dan Sri Ternak di mana sebungkus produk ini seberat 600gm dan terdapat tiga keping kambing perap.

Sementara ituk Rosyam Kambing Perap dikilangkan oleh Delicious Western Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn. Bhd. – MalaysiaGazette

Rosyam jual kambing perap pula 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo