Oleh: Tuan Musa Awang
SEBELUM ini, media melaporkan bahawa bacaan pertama RUU Mufti (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 19/2024 telah dilakukan pada 3 Julai 2024 lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan bahawa Kabinet telah bersetuju Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen yang bermula 14 Oktober ini.
Ada pihak yang mendakwa bahawa RUU Mufti WP 2024 akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata, melanggar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan merupakan serangan secara langsung terhadap sistem sekular di negara ini. RUU ini juga didakwa bertujuan untuk memperluas kuasa mufti di Wilayah Persekutuan, mengenepikan sistem raja berperlembagaan, kerajaan Madani, dan demokrasi berparlimen sekular yang menjadi asas Malaysia.
Terdapat pihak yang mendakwa RUU Mufti WP yang dicadangkan itu akan memberikan kuasa tanpa batasan kepada pihak berkuasa agama kerana antara lain, akan memberikan mereka kekebalan undang-undang. Menurut mereka, RUU ini akan memberikan kuasa luas kepada mufti, yang membolehkan fatwa dikeluarkan dan memberi kesan besar kepada umat Islam dan bukan Islam. Fatwa seperti itu, tambah mereka, boleh memintas kuasa Parlimen dan mahkamah, secara efektif meletakkan undang-undang agama di atas undang-undang sivil, sementara di sisi yang lain mufti tidak mempunyai kuasa di Parlimen kerana mereka bukan wakil rakyat yang dipilih.
Tulisan ini adalah bertujuan untuk memberikan pencerahan dan penjernihan terhadap dakwaan-dakwaan ini. Pembaca boleh membuat penilaian sendiri secara matang, samada dakwaan-dakwaan itu benar atau sebaliknya.
Bukan undang-undang baharu
Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 [“RUU Mufti WP”] bukanlah perkara baharu. Intipati yang terkandung dalam RUU Mufti WP ini sebahagiannya telah sedia ada dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), iaitu di Bahagian III (Seksyen 32 hingga 39) yang telah diwartakan pada 15 Julai 1993.
RUU Mufti WP mengandung 9 Bahagian, 36 Seksyen dan 3 Jadual. Peruntukan seksyen 3 hingga seksyen 16 RUU ini telah sedia ada dalam Akta 505, dengan sedikit pindaan dan tambahan.
RUU ini dikemukakan sebagai undang-undang yang berasingan daripada Akta 505, bertujuan untuk memperjelaskan dan memperkukuhkan institusi Mufti dan kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan, yang telah sedia wujud sejak lebih 30 tahun dahulu.
Di Sabah dan di Kedah, undang-undang berasingan seperti RUU WP ini juga telah sedia wujud sejak lama dahulu iaitu Enakmen Fatwa Negeri Sabah 2004 dan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008.
Hanya terpakai di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
Dakwaan bahawa RUU Mufti WP 2024 akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam dalam sekelip mata, adalah dakwaan yang tidak tepat dan mengelirukan.
Ini kerana RUU Mufti WP hanya terpakai untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Pemakaiannya tidak boleh melangkaui ke Negeri-Negeri lain dalam Malaysia. Sub-seksyen 1 (2) RUU Mufti WP dengan jelas telah memperuntukkan–
__“Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa_
1. (1) ….
_(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.”_
RUU Mufti WP dibawa ke Parlimen kerana kuasa membuat undang-undang bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah terletak di bawah kuasa Parlimen.
Perkara 3 (5) Perlembagaan Perlembagaan [“Perlembagaan”] menyatakan –
_3. (5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam._
Tiada paksaan untuk RUU Mufti WP diterimapakai di Negeri-Negeri, kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai kuasa tersendiri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 74 (2) Perlembagaan –
_Hal perkara undang-undang persekutuan dan Negeri_
_74. (1) …_
_(2) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan sesuatu Negeri boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama._”
Demokrasi berpalimen langsung tidak tersentuh jika sekiranya RUU Mufti WP ini diluluskan oleh Parlimen. Apa-apa pindaan atau tambahan terhadap RUU Mufti WP selepas ini tetap perlu dibawa kedua-dua dewan Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) untuk dibahaskan dan diluluskan.
Dakwaan bahawa RUU Mufti WP akan mengenepikan sistem raja berperlembagaan juga tidak tepat kerana dalam seksyen 3 RUU Mufti WP tersebut jelas menyebutkan bahawa kuasa melantik dan membatalkan pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan masih dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, yang merupakan Ketua agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Selanjutnya sub-seksyen 10 (3) RUU Mufti WP jelas menyebutkan bahawa apabila sesuatu fatwa yang telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Fatwa dan dipersetujui, Mufti hendaklah membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Baginda bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta. Fatwa yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah disiarkan dalam Warta.
Mufti WP tidak kebal
Catatan sejarah menunjukkan fatwa dan pandangan mufti mempunyai kedudukan yang berautoriti dalam sistem pemerintahan, keagamaan dan kehakiman. Peranan mufti sebagai penasihat agama atau penasihat Sultan menjadikan mereka sebagai rujukan pandangan agama sebelum pemerintahan British lagi. Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam telah melantik mufti dan kadi untuk menasihati mereka dalam perkara berkaitan Islam dan tafsirannya. Mufti bertindak sebagai pakar rujuk agama kepada sultan dalam urusan pentadbiran dan struktur organisasi kerajaan dan dilantik sebagai pembesar negeri. Sebagai contoh, dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911, peranan dan tanggungjawab mufti sebagai penasihat dan pakar rujuk kerajaan dinyatakan dengan jelas.
Dakwaan bahawa RUU Mufti WP yang dicadangkan itu akan memberikan kuasa tanpa batasan kepada pihak berkuasa agama kerana antara lain, akan memberikan mereka kekebalan undang-undang adalah suatu dakwaan yang dibuat tanpa penelitian dan tanpa asas kebenaran.
Suatu fatwa yang diwartakan adalah mengikat semua orang Islam (sahaja), dalam negeri berkenaan (sahaja) dan menjadi kewajipan (kepada orang Islam sahaja) untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu (sub-Seksyen 11 (a) RUU Mufti WP). RUU Mufti WP tidak terpakai kepada orang bukan Islam.
Orang Islam yang mengingkari atau melanggar atau mempertikaikan fatwa yang diwartakan adalah suatu kesalahan dan jika disabitkan oleh mahkamah, boleh dikenakan hukuman sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang Islam Negeri. Sebagai contoh di Wilayah Persekutuan, perbuatan mengingkari atau melanggar atau mempertikaikan fatwa mufti boleh didakwa menurut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, yang jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Suatu fatwa yang tidak diwartakan tidak menjadikan ianya suatu fatwa, akan tetapi ia masih dalam bentuk “ketetapan hukum”. Apa-apa ketetapan hukum yang tidak disiarkan dalam warta tidaklah mengikat, akan tetapi ia hendaklah tetap dihormati dan menjadi panduan Hukum Syarak bagi orang-orang Islam di negeri berkenaan. (sub-seksyen 10 (6) RUU Mufti WP). Jelas bahawa fatwa yang tidak diwarta tidak mempunyai implikasi perundangan.
Dakwaan bahawa RUU Mufti WP itu mengaburkan garis antara fatwa yang diwartakan dan yang tidak diwartakan adalah tidak tepat kerana ia telah dinyatakan dengan jelas dalam seksyen 11 dan seksyen 10 RUU berkenaan.
Dalam sub-seksyen 11 (b) RUU Mufti WP juga memperuntukkan suatu fatwa yang diwartakan hendaklah diiktiraf oleh mana-mana mahkamah berkenaan dengan semua perkara yang dinyatakan dalam fatwa itu.
Dalam seksyen 2 (Tafsiran), hanya tafsiran mahkamah Syariah sahaja yang dinyatakan oleh RUU ini. Adakah “mana-mana mahkamah” dalam RUU ini juga termasuk mahkamah sivil? Dalam realiti perundangan semasa, boleh dikatakan mahkamah tidak terikat dengan fatwa yang diwartakan itu. Ini adalah kerana kuasa untuk mentafsir undang-undang itu masih terletak di tangan mahkamah.
Sesetengah pihak akan menggunakan hujah ini untuk menyatakan bahawa peruntukan undang-undang itu mungkin ultra-vires dengan kuasa-kuasa Mahkamah yang diberikan oleh Perlembagaan dan undang-undang Persekutuan. Ia masih boleh diperdebatkan.
Dalam Enakmen Mufti dan Fatwa Kedah Darul Aman 2008 (2) memperuntukkan “Sesuatu fatwa bolehlah diterima oleh semua Mahkamah Syariah di dalam Negeri Kedah Darul Aman sebagai autoriti tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.” Kedah menggunakan perkataan “bolehlah” yang memberi maksud bahawa ia bukanlah suatu yang compulsory.
Suka dijelaskan bahawa perkataan “diiktiraf” dalam sub-seksyen 11 (b) tersebut juga bukan memberi maksud ia mengikat mahkamah dalam membuat keputusan. Bagi mahkamah Syariah, ianya tidak terikat dengan fatwa dengan hujah bahawa ia berhak untuk berijtihad di dalam kes-kes yang dihadapkan kepadanya. Ini kerana suatu fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti lebih bersifat kepada persoalan yang umum, yang memerlukan penentuan dan penetapan hukum Syarak. Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti juga lebih bersifat umum.
Berbeza keadaannya, isu dan persoalan di hadapan mahkamah Syariah adalah lebih bersifat khusus dan tertumpu kepada permasalahan pihak-pihak yang hadir di hadapannya, dengan mendengar dan mengambil keterangan dalam pemeriksaan terhadap pihak-pihak, saksi-saksi dan penelitian terhadap kepada dokumen-dokumen yang ditenderkan kepada mahkamah.
Dalam sub-seksyen 15 RUU Mufti WP, menyatakan bahawa Mahkamah boleh, jika apa-apa persoalan mengenai Hukum Syarak perlu diputuskan, meminta pendapat Mufti secara bertulis. Pendapat Mufti itu boleh dijadikan sebagai panduan kepada mahkamah tetapi tidak mengikat.
Terdapat beberapa kes di mahkamah Syariah yang menjadikan fatwa dan pendapat mufti sebagai rujukan serta diterima dalam penghakiman, akan tetapi terdapat juga kes yang memutuskan sebaliknya.
Dalam kes Norhairy Cheong Abdullah @ Cheong Foo Siong [2010] 3 LNS 15, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, YA Mohd Nadzri Haji Abdul Rahman telah merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke 11 yang bersidang pada 16hb Mac 1976 dalam memutuskan dan mengesahkan bahawa perkahwinan antara pemohon dengan isterinya terbubar akibat daripada perbuatan pemohon memeluk Islam dan isteri tidak menuruti langkah suaminya memeluk Islam.
Sebaliknya, dalam kes Wan Shahriman Wan Suleiman & Anor v Siti Norhayati Mohd Daud [2010] 1 CLJ (Sya) 85, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menolak permohonan bagi mengisytiharkan sejumlah wang saguhati (ex gratia) yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada seorang bekas hakim mahkamah sivil selepas kematiannya sebagai harta pusaka untuk diagih-agihkan kepada waris-waris menurut kaedah-kaedah faraid, dan mengesahkan wang ex gratia sebagai hibah. YA Hakim telah merujuk kepada fatwa Negeri Selangor berkenaan wang KWSP dan SOCSO adalah harta pusaka.
Walaubagaimanapun, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur kemudiannya memutuskan sebaliknya dengan mengetepikan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Penolakan ini bukan menunjukkan bahawa fatwa yang dikeluarkan dan dirujuk oleh hakim dalam perbicaraan pertama itu yang ditolak, tetapi panel rayuan mendapati ada fakta kes dan bukti yang lebih kuat. Ini juga membuktikan bahawa hakim Syariah berhak berijtihad dalam menghakimi sesuatu kes walaupun ada fatwa dan keputusan mufti yang dirujuk dalam sesuatu penghakiman yang melibatkan isu yang sama. Ini adalah kerana pertimbangan di mahkamah melihat kepada pelbagai sudut atau kes yang spesifik melibatkan pihak-pihak yang bertikai, bukan sekadar merujuk kepada fatwa yang menjadi salah satu sumber dalam penghakiman.
Kebergantungan mahkamah kepada pendapat mufti sebagai rujukan dalam menentukan sesuatu kes yang dibicarakan di hadapannya juga telah dikupas dalam beberapa kes di mahkamah sivil. Dalam kes Re Bentara Luar, Si Mati, Hj. Yahya bin Yusoff dan lain-lain lwn Hassan bin Othman dan lain-lain [1981] 2 MLJ 352, Hakim Salleh Abas menyatakan bahawa: “hakim mahkamah sivil tidak dilatih dalam perundangan Islam berbanding mufti yang telah mengkaji tafsiran undang-undang Islam.
Dalam kes Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang v Abdul Latiff Hassan (As Administrator Of Estates Of Hj Mohammad Hj Abdul Rasid; Deceased) & Anor [2016] 2 CLJ 150, Hakim telah mengambil pendekatan menjadikan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 3/2014 bertarikh 21 dan 22 Mei 2014 sebagai rujukan dan menerima keputusan tersebut bagi menjawab kemusykilan dalam kes yang diadilinya, iaitu berkenaan status jual beli tanah wakaf.
Sebaliknya terdapat juga hakim yang tidak menerima fatwa sebagai rujukan dalam membuat keputusan. Contohnya dalam kes Isa Abdul Rahman & lagi v Majlis Agama Islam, Pulau Pinang [1996] 1 CLJ 283, hakim menyatakan bahawa fatwa tidak boleh mengikat mahkamah sivil kerana mahkamah sendiri tidak boleh ditafsirkan sebagai orang-orang Islam, walaupun fatwa itu disebut dan dinyatakan dalam mana-mana prosiding sivil. Dalam kes ini, dua fatwa yang bertentangan mengenai perubahan status wakaf dari kedua-dua negeri yang berbeza telah dikemukakan kepada mahkamah sivil, menyebabkan berlaku kekeliruan mengenai fatwa mana yang lebih tepat untuk dijadikan autoriti dan manakah yang lebih sesuai untuk digunakan untuk kes itu.
Jadi, dakwaan bahawa RUU Mufti WP akan memberikan kuasa tanpa batasan kepada Mufti atau pihak berkuasa agama adalah tidak benar, kerana fatwa Mufti tidak mengikat mahkamah Syariah atau mahkamah sivil dalam membuat keputusan kes di hadapan mereka.
Selanjutnya wujud dakwaan bahawa RUU Mufti WP akan memberikan mereka kekebalan undang-undang mungkin merujuk kepada sub-seksyen 15 (3) RUU itu yang menyatakan bahawa Mufti tidak boleh dipanggil atau disaman untuk memberikan pendapat atau keterangan yang berhubungan dengan Hukum Syarak di mana-mana mahkamah.
Suka dijelaskan di sini bahawa peruntukan sub-seksyen 15 (3) ini adalah peruntukan asal dalam seksyen 38 Akta 505. Peruntukan yang hampir sama juga terdapat di Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah. Ia bertujuan untuk menjaga maruah dan peribadi mufti daripada bersoal jawab di mahkamah yang boleh merendahkan kedudukannya sebagai Mufti dan Penasihat kepada YDP Agong atau Raja-Raja Melayu.
Prosiding di mahkamah terbuka kepada pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas, yang boleh menjejaskan krebiliti seorang Mufti, sedangkan fatwa yang dikeluarkan bukan atas keputusan Mufti seorang diri, tetapi berdasarkan keputusan bersama ahli jawatankuasa fatwa negeri masing-masing dan terlibat juga sebagai ahli dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Jawatankuasa Fatwa MKI).
Walaupun Mufti tidak boleh disaman untuk hadir ke mahkamah bagi memberi pandangan atau menjadi saksi bagi satu-satu perbicaraan, affidavit atau keterangan bertulis Mufti sebagai pendapat pakar masih boleh diterima di mahkamah.
Pihak-pihak yang menimbulkan kekeliruan ini mungkin terlepas pandang untuk meneliti seksyen 12 RUU Mufti WP yang telah memperuntukkan kuasa Mufti atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak, selepas berunding dengan Jawatankuasa Fatwa, meminda, mengubah suai atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah dikeluarkan dan tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 10 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu berkenaan dengan apa-apa pindaan, ubah suaian atau pembatalan fatwa itu. Sekiranya berlaku sebarang kekhilafan atau kekeliruan terhadap sesuatu fatwa yang telah dikeluarkan dan diwartakan, ia masih boleh dipinda, diubahsuai atau dibatalkan dengan menuruti tatacara dalam seksyen 10 RUU itu (Tatacara mengeluarkan fatwa).
Perlu ditekankan bahawa tatacara meminda, mengubah suai atau membatalkan sesuatu fatwa walaupun fatwa itu telah diwartakan, adalah jauh lebih mudah kerana ia tidak perlu di bawa ke Parlimen untuk bacaan pertama, kedua atau ketiga.
Kesimpulannya, berdasarkan kepada kupasan-kupasan di atas, dakwaan bahawa RUU Mufti WP boleh memintas kuasa Parlimen dan mahkamah, secara efektif meletakkan undang-undang agama di atas undang-undang sivil, adalah tidak benar dan tidak tepat sama sekali. Ia juga tidak menjejaskan kedudukan rakyat di Sabah dan Sarawak atau di negeri-negeri lain kerana Dewan Undangan Negeri masih mempunyai bidang kuasa dan kompetensi untuk menggubal dan meluluskan undang-undang berasingan seperti itu di negeri masing-masing. Jika Dewan Undangan Negeri tidak mengikuti langkah menggubal undang-undang seperti RUU Mufti WP, sebenarnya sebahagian peruntukan tersebut telah pun sedia ada dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di negeri-negeri. `
Dakwaan dan hujah-hujah yang dikemukakan oleh sesetengah pihak ini mungkin bertujuan mengaburi pandangan masyarakat untuk menentang RUU Mufti WP itu, serta mengaburi ahli-ahli Parlimen untuk menolak RUU ini semasa pembentangan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen Oktober ini.
Penulis ialah Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan juga Ahli Jawatankuasa Khas Kompetensi DUN
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source
Kontraktor Bina Rumah IBS
LPPSA Kelayakan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Rumah Kontena Pinjaman LPPSA Rumah Pasang Siap Kontena Murah Rumah Kabin Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjamana Perumahan Kerajaan Loan LPPSA Untuk Beli Rumah Kelayakan LPPSA Rumah Kontena Pasang Siap Rumah Pasang Siap Malaysia Rumah IBS Malaysia Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor LPPSA Loan Kontraktor Rumah Kontraktor Rumah IBS Kontraktor Rumah IBS Di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di 16 Sierra, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Ampang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Balakong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Bangi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Klang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Baru Selayang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Botanic Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 1, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Bukit Tinggi Kontraktor Bina Rumah di Bandar Country Homes Kontraktor Bina Rumah di Bandar D’Alpinia, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Kinrara BK 1 Sehingga 6, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Mahkota Cheras Kontraktor Bina Rumah di Bandar Nusa Rhu Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puchong Utama, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Puchong, Puchong Kontraktor Bina Rumah di Bandar Putra Permai Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rasa Kontraktor Bina Rumah di Bandar Rinching Kontraktor Bina Rumah di Bandar Saujana Utama Kontraktor Bina Rumah di Bandar Seri Putra Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Buaya Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sungai Long Kontraktor Bina Rumah di Bandar Sunway Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Bandar Tasik Kesuma Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teknologi Kajang Kontraktor Bina Rumah di Bandar Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Bandar UtamaKontraktor Bina Rumah di Banting Kontraktor Bina Rumah di Batang Kali Kontraktor Bina Rumah di Batu 9 Cheras Kontraktor Bina Rumah di Batu Arang Kontraktor Bina Rumah di Bernam Jaya Kontraktor Bina Rumah di Bukit Antarabangsa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Beruntung Kontraktor Bina Rumah di Bukit Gasing Kontraktor Bina Rumah di Bukit Komanwel Kontraktor Bina Rumah di Bukit Lanjan Kontraktor Bina Rumah di Bukit Raja Kontraktor Bina Rumah di Bukit RimauKontraktor Bina Rumah di Bukit Sentosa Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tagar Kontraktor Bina Rumah di Bukit Tampoi Kontraktor Bina Rumah di Country Heights Kontraktor Bina Rumah di Damansara Damai Kontraktor Bina Rumah di Damansara Intan Kontraktor Bina Rumah di Damansara Jaya Kontraktor Bina Rumah di Damansara Perdana Kontraktor Bina Rumah di Damansara Utama Kontraktor Bina Rumah di Denai Alam Kontraktor Bina Rumah di Dengkil Kontraktor Bina Rumah di Dusun Tua Kontraktor Bina Rumah di Gombak SetiaKontraktor Bina Rumah di I-City Kontraktor Bina Rumah di Kajang Kontraktor Bina Rumah di Kalumpang Kontraktor Bina Rumah di Kampung Jenderam Hilir Kontraktor Bina Rumah di Kampung Kubu Gajah Dalam Kontraktor Bina Rumah di Kelana Jaya Kontraktor Bina Rumah di Kinrara Kontraktor Bina Rumah di Klang Kontraktor Bina Rumah di Kota Damansara Kontraktor Bina Rumah di Kuala Kubu Bharu Kontraktor Bina Rumah di Kuang Kontraktor Bina Rumah di Kwasa Damansara Kontraktor Bina Rumah di Lembah Beringin Kontraktor Bina Rumah di Mutiara Damansara Kontraktor Bina Rumah di Pandan Indah Kontraktor Bina Rumah di Pelabuhan Klang Kontraktor Bina Rumah di Pinggiran Cyberjaya Kontraktor Bina Rumah di Puchong, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Bandar Puteri Bangi Kontraktor Bina Rumah di Rawang, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sungai Rinching Kontraktor Bina Rumah di Sabak, Selangor Kontraktor Bina Rumah di Sekinchan Kontraktor Bina Rumah di Selayang Kontraktor Bina Rumah di Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Serendah Kontraktor Bina Rumah di Seri Kembangan Kontraktor Bina Rumah di Subang Bestari Kontraktor Bina Rumah di Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Taman Tasik Semenyih Kontraktor Bina Rumah di Tanjung Sepat Kontraktor Bina Rumah di Teluk Datok Kontraktor Bina Rumah di Teluk Panglima Garang Kontraktor Bina Rumah di Tropicana Kontraktor Bina Rumah di UEP Subang Jaya Kontraktor Bina Rumah di Ulu Yam Kontraktor Bina Rumah di Gombak Kontraktor Bina Rumah di Hulu Langat Kontraktor Bina Rumah di Hulu Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Langat Kontraktor Bina Rumah di Kuala Selangor Kontraktor Bina Rumah di Petaling Jaya Kontraktor Bina Rumah di Sabak Bernam Kontraktor Bina Rumah di Sepang Kontraktor Bina Rumah di Selangor Kontraktor Bina Rumah di Kuala Lumpur Kontraktor Bina Rumah di Shah Alam Kontraktor Bina Rumah di Kapar Kontraktor Bina Rumah di Meru Kontraktor Bina Rumah di Puncak Alam Kontraktor Rumah Bina Rumah Pinjaman LPPSA Pengeluaran Kwsp Spesifikasi Rumah Rumah IBS Pelan Rumah Rekabentuk Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kontraktor Rumah Selangor Rumah Banglo Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Johor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Terengganu Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Perak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sarawak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri MelakaBina Rumah Atas Tanah Sendiri Negeri Sembilan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri LPPSA Loan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Permohonan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Cara Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Skim Bina Rumah Atas Tanah Sendiri 2021 Pakej Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelebihan Bina Rumah Atas Tanah SendiriBina Rumah Bawah 100k Kelantan Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah 2022 Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kelantan Pengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Bina Rumah Murah Kontraktor Bina Rumah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Bajet 50k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Selangor Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Bina Rumah Bajet 30k Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kedah Bina Rumah Bajet 10k Bina Rumah Bajet 50k Selangor Bina Rumah SendiriBantuan Bina Rumah Atas Tanah SendiriKos Bina Rumah 2022Kos Bina Rumah 20×30 Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah SendiriPengalaman Buat Loan Untuk Bina Rumah Kalkulator Bina Rumah Sendiri Pengeluaran Kwsp Untuk Bina Rumah Loan LPPSA Untuk Bina Rumah Kos Bina Rumah Bajet Kos Bina Rumah Kampung Bina Ayat Rumah Tangga Binatang Di Dinding Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pinjaman LPPSA Ubahsuai Rumah Pinjaman LPPSA Beli Rumah Pinjaman LPPSA Bina Rumah Pinjaman LPPSA Untuk Beli Tanah Pinjaman LPPSA Untuk Bina Rumah Pinjaman LPPSA Beli Tanah Pertanian Pinjaman LPPSA Jenis 5 Pinjaman LPPSA Atau Bank Semak Baki Pinjaman LPPSA Semakan Baki Pinjaman LPPSA Semak Baki Pinjaman LPPSA Sms Jenis Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Kelayakan Pinjaman LPPSA Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Syarat Pinjaman LPPSA Bina Rumah Borang Tuntutan Pindah Rumah Pinjaman LPPSA Pinjaman Perumahan LPPSA Pinjaman Ubahsuai Rumah LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Pinjaman Kedua LPPSA Untuk Ubahsuai Rumah Pinjaman Perumahan LPPSA Vs Bank Pinjaman Bank Ke LPPSA Pinjaman Bersama LPPSA Pengiraan Kos Bina Rumah Sendiri Cara Jimat Buat Rumah Sendiri Bina Rumah Sendiri Tanpa Kontraktor Pengalaman Bina Rumah Sendiri Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Sabah Pinjaman Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kerajaan Kos Bina Rumah 20×30 Kos Bina Rumah Paling Murah 2022 Harga Upah Tukang Rumah 2022 Kos Bina Rumah Kampung Kos Bina Rumah Bajet Anggaran Kos Bina Rumah 3 Bilik Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kalkulator Bina Rumah Sendiri Rate Loan Rumah Kelayakan Loan Rumah Pinjaman Perumahan Public Bank Interest Bank Loan Rumah 2023 Interest Loan Rumah 2023 Berapa Lama Bank Proses Loan Rumah Cara Kira Interest Loan Rumah Bank Loan Rumah Terbaik Interest Bank Loan Rumah Public Bank Loan Rumah Affin Bank Loan Rumah Letter Offer Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Calculator Hong Leong Bank Loan Rumah Mbsb Bank Loan Rumah Rhb Bank Loan Rumah Cimb Bank Loan Rumah Agrobank Loan Rumah Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah Bank Rakyat Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Bank Terbaik Untuk Loan Rumah Bank Call Untuk Pengesahan Loan Rumah Bank Muamalat Loan Rumah Bank Yang Mudah Lulus Loan Rumah Bank Akan Call Untuk Loan Rumah Bank Mbsb Loan Rumah Bank Islam Loan Rumah Contact Number LPPSA