Artikel Terkini

Saintis Temui Kuil Buddha Tertua Di Dunia Di Pakistan

Saintis Temui Kuil Buddha Tertua Di Dunia Di Pakistan
Saintis Temui Kuil Buddha Tertua Di Dunia Di Pakistan 1
Follow our Telegram

Kerjasama antara arkeologi Itali dan International Society for Mediterranean and Oriental Studies (ISMEO)  telah menemui sebuah kuil Buddha berusia lebih 2,000 tahun di bandar Barikot, Pakistan.

Ia dianggarkan dibina pada separuh kedua abad kedua sebelum masihi, walaupun ahli arkeologi percaya penemuan tersebut mungkin lebih tua iaitu sezaman Empayar Maurya (325-185 SM).

Penemuan oleh ahli arkeologi dari Itali ini diiktiraf sebagai penemuan tertua di Asia, misi yang diketuai oleh Profesor Luca Maria Olivieri dari Ca ‘Foscari University of Venice, memberikan pandangan baharu tentang bentuk penyebaran ajaran Buddhisme di kawasan Gandhara.

Saintis Temui Kuil Buddha Tertua Di Dunia Di Pakistan 2
Peninggalan Stupa Buddha

Penceroboh Memberi Petunjuk Ke Lokasi Kuil Buddha Barikot

Kerjasama yang bermula pada 2021 itu dibiayai oleh Kementerian Luar Negeri Itali dan Kerjasama Antarabangsa.

Kawasan yang pernah menjadi bandar purba di Pakistan ini telah diceroboh dan dirompak, banyak aktiviti penggalian dibuat secara haram dikesan. Namun hikmah disebalik pencerobohan ini mendorong kepada penemuan lokasi bandar acropolis purba di Barikot.

Penggalian baru mendedahkan penemuan monumen Buddha yang masih terpelihara dengan baik walaupun dirompak. Struktur monumen setinggi 3 meter (9.8 kaki) dan struktur silinder menempatkan stupa kecil di atas podium apsidal. Di bahagian hadapannya, terdapat stupa kecil dan tiang besar.

Penemuan monumen keagamaan yang hebat ini dicipta pada zaman Kerajaan Indo-Greek, membuktikan bahawa tempat ini adalah pusat penting bagi tujuan ritual keagamaan dan dianggap sebagai tempat suci bagi penganut Buddha pada masa itu.

Beberapa struktur monument terutamanya di bahagian tangga dan ruang bilik dibina semula sebanyak tiga kali, kali terakhir pada abad kedua-tiga Masihi. Dalam masa yang sama, satu bilik anteroom turut dibina.

Keunikkan monumen Buddha ini dilihat melalui seni ukiran. Salah satu struktur tangga tertua(tanpa ubah suai) itu diukir dalam skrip Kharoshthi.

Kepentingan skrip ini boleh dilihat secara jelas. orang Buddha menggunakan sistem tulisan Kharoshthi untuk merekod kitab suci mereka. Skrip ini digunakan untuk menulis Teks Buddha Gandharan. skrip Kharosthi muncul sepenuhnya dalam inskripsi Ashokan Shahbazgarhi dan Mansehra.

Tulisan Kharosthi bermula sejak inskripsi Brahmi pertama di India dan digunakan oleh Raja Ashoka untuk menghasilkan batu bersurat.

Pentarikhan paleografik prasasti tersebut menunjukkan bahawa ia adalah dari abad pertama Masihi. Syiling juga telah ditemui dari tingkat bawah, bersama-sama dengan tembikar yang turut mengandungi ukiran Kharoshthi. Tugu binaan itu ditinggalkan pada abad ketiga Masihi, berikutan kemusnahan yang meluas disebabkan oleh gempa bumi.

Kuil Buddha Barikot “Baharu”.

Sementara keputusan pentarikhan karbon dikeluarkan, ahli arkeologi mempunyai sebab kukuh untuk mempercayai penemuan itu bertarikh sekitar abad kedua sebelum masihi.

Melalui petunjuk dan dapatan yang ditemukan. Ahli arkeologi meyakini kuil Buddha yang dibina di kawasan Barikot ialah sezaman dengan Empayar Maurya kerana Maurya berkembang di negeri Bihar(wilayah di India) dan merupakan empayar pertama yang merangkumi sebahagian besar benua kecil India.

Ahli arkeologi mendapati bahawa kuil itu dibina di atas tinggalan struktur terdahulu(yang telah musnah) dengan stupa kecil. Struktur ini mendahului zaman Indo-Yunani (yang berlangsung dari abad kedua SM hingga abad pertama Masihi di Utara dan Barat Laut India) dan dibina sekitar 150 SM, semasa pemerintahan raja Indo-Yunani Menander I atau salah seorang daripadanya. Tradisi Buddha mengatakan bahawa Menander I memeluk agama Buddha.

Saintis Temui Kuil Buddha Tertua Di Dunia Di Pakistan 3
Kesan Bahagian Kuil Yang Termusnah

Bandar Barikot Purba

Teks Yunani dan Latin kuno menyebut kota Bazira atau Vajrasthana yang dikepung oleh Alexander The Great.

Bazira ialah kota Barikot moden di Pakistan. Stratigrafi tapak ditambah dengan pentarikhan karbon telah mendedahkan bahawa bandar itu sememangnya wujud semasa kempen Alexander the Great pada 327 SM.

Bazira adalah pusat penting untuk menguruskan lebihan pertanian Lembah Swat, yang cukup besar untuk wilayah itu. Memandangkan faktor iklim, bijirin boleh dituai dua kali setahun di rantau Swat. Oleh itu, ia berfungsi sebagai “breadbasket” untuk Alexander dalam usahanya menakluk India.

Selain monumen Buddha, misi itu juga menemui kuil Shahi, nekropolis kecil dan reka bentuk jalan yang terbentang luas hingga ke pusat bandar. Kuil Buddha yang ditemui pada 2021 menimbulkan spekulasi bahawa jalan purba itu mungkin merupakan jalan ke kuil di sepanjang jalan utama yang menghubungkan acropolis(pusat bandar) dengan bahagian pinggir bandar.

[ad_2]
Source
[vc_row][vc_column][vc_column_text woodmart_inline="no" text_larger="no"][sociallocker id="61266"]Saintis Temui Kuil Buddha Tertua Di Dunia Di Pakistan 4[/sociallocker][/vc_column_text][/vc_column][/vc_row] kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list