Artikel Terkini

“Saya risau akan bunuh diri…”

“Saya risau akan bunuh diri…”
"Saya risau akan bunuh diri..." 1

Sebut sahaja nama usahawan kosmetik transgender kontroversi, Safiey Illyas pasti ramai teringat akan kisah penghijrahan dirinya pada suatu ketika dahulu ketika insaf di platform media sosial sehingga mendapat meluas di kalangan media.

Terbaharu, menerusi hantaran di laman Instagram pelatun lagu Syinta Gila itu, dia memaklumkan kesihatan dirinya semakin kronik dan amat membimbang di kalangan doktor yang merawat dirinya selama ini.

Jelas Safiey, disebabkan tahap kesihatan mental dialaminya semakin kronik dan membimbangkan, dia dinasihati untuk menjalani rawatan sakit mental di pusat rehabilitasi selama tiga hingga enam bulan.

“InsyaAllah, minggu depan saya dah kena masuk ke pusat rehabilitasi. Perkara ini dicadang dan dinasihatkan oleh doktor psikatri, Dr. Rafidah yang merawat saya sejak tahun 2015 lagi. Katanya, ia bagus untuk masa depan saya,” kata Safiey."Saya risau akan bunuh diri..." 2

Menurut Safiey, sekiranya dia tidak mengikut nasihat doktor tersebut, besar kemungkinan dirinya akan terjebak dengan najis dadah.

“Jika terus dibiarkan, dia risau saya ambil dadah pula dan rosakkan diri dengan macam-macam lagi. Jadi, baik bertindak dengan sekarang sebelum menjadi lebih parah.”ujar Safiey.

"Saya risau akan bunuh diri..." 3

Tambahnya lagi, sekiranya dia tidak masuk ke pusat rehabilitasi seperti yang dicadangkan oleh doktor, Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Ilias akan bertindak melakukan perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri.

“Kalau tak masuk pusat rehabilitasi, dibimbangi saya akan buat perkara di luar jangkaan iaitu bunuh diri,”terangnya lagi.

"Saya risau akan bunuh diri..." 4

Bertanya soal perniagaan, usahawan berusia 28 tahun itu mengatakan bahawa dia akan menyerahkan segala urusan kepada adik dan ayahnya di sepanjang ketiadaan dirinya nanti.

“Saya akan serahkan uruskan perniagaan kepada adik dan ayah sementara saya dalam proses berehat dan dirawat.”"Saya risau akan bunuh diri..." 5

Pada masa yang sama, Safiey meminta jasa baik bagi mendoakan  dirinya dan meminta maaf sekiranya telah mengecewakan ramai orang sejak kebelakangan ini.

Selain itu, dia berharap agar mereka memberikan peluang kepada dirinya selepas berjaya memulihkan jiwa dan raganya.

“Kepada mak ayah, ampun saya. Saya banyak kecewakan ayah. Berikan saya peluang terakhir tebus salah. Ampunkan aku ya Allah,”katanya lagi.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir), Instagram @safieyillias94


"Saya risau akan bunuh diri..." 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list