Artikel Terkini

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat
Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 1
Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 2

 

Bagi mereka yang ingin mencuba teknik jigging khususnya di perairan Port Dickson atau PD, berikut merupakan tip yang diberikan oleh seorang tekong yang sudah sekian lama membawa pemancing untuk jigging.

 

Reel Pilihan

 

Boleh juga menggunakan kekili menegak (overhead baitcaster) tetapi lebih disaran menggunakan  spinning reel atau kekili mendatar siri 3000 ke 4000. Pastikan juga kekili kayuhan laju dengan ratio sekurang-kurangnya 6:1 dan lasak serta kalis air masin. Penggunaan spinning reel lebih praktikal kerana boleh membuat lontaran jig dengan lebih lancar.

 

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 3

 

Rod Pilihan

 

Apa saja jenis rod atau joran bersesuaian untuk teknik jigging boleh digunakan. Kekuatan joran yang disarankan adalah PE 1 hingga PE 3 dengan medium actin atau fast action.

 

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 5

 

Jig Pilihan

 

Jig bersaiz 30gm hingga 60gm perlu dibawa. Jika perlu bawa juga jig sehingga 100gm bergantung kepada arus dan tiupan angin yang akan mempengaruhi hanyutan sampan.

 

Warna – sebaiknya pastikan jig memiliki warna asas silver/chrome disulam kebiruan atau merah jambu atau pun hijau.

 

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 7

 

Mainline / Leader

 

Tali utama sebaiknya jenis braided minimum 15lb. Lebih main jika melebihi 15lb sehingga 30lb. Atas beberapa sebab anda tidak digalakkan menggunakan tali mono kecuali anda tahu memilih jenis mono yang sesuai.

 

Bagi leader pula sebaik-baiknya melebihi 20lb sehingga 40lb. Peluang untuk mengena ikan lebih tinggi jika menggunakan leader lebih halus tetapi ia tidak tahan dengan geseran pada struktur seperti karang dan batu-batu tajam di dasar.

 

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 9

 

Assist Hook

 

Assist hook digalakkan bersaiz lebih besar daripada badan jig bagi memastikan ikan melekat kukuh apabila strike. Sebaiknya juga menggunakan treble hook atau mata 3 pada bahagian bawah jig.

 

Tip di atas adalah berdasarkan pengalaman tekong di mana ada masanya ikan kasar seperti GT, sagai, aruan tasik skala 8 kg ke 10 kg membaham jig. Cuma rezeki masing-masing yang akan menentukannya.

 

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 11

Setup Padu Light Jigging Perairan Selat 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar
syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Back to list