Artikel Terkini

Sijil vaksinasi Malaysia diperakui negara Filipina — MYKMU.NET

Sijil vaksinasi Malaysia diperakui negara Filipina — MYKMU.NET
Sijil vaksinasi Malaysia diperakui negara Filipina — MYKMU.NET 1

PUTRAJAYA – Isu kontroversi 13 pelancong Malaysia terkandas disekat masuk ke Filipina akhirnya selesai apabila kerajaan negara itu memperakui sijil vaksinasi digital MySejahtera.

Menurut laporan agensi berita rasmi, Philippine News Agency, perakuan awal rasmi sudah pun dikeluarkan oleh Pasukan Khas Pengurusan Penyakit Berjangkit Antara Agensi (IATF).

“Istana Malacanang hari ini mengesahkan agensi berkenaan sudah memberi perakuan untuk sijil vaksinasi digital Covid-19 yang diterbitkan kerajaan Malaysia dan juga Ireland,” dakwanya.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, ia dipercayai merujuk insiden seramai 13 warga Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, semalam.

Mereka dilarang masuk ke Filipina oleh pihak imigresen negara tersebut kerana sijil vaksinasi digital menerusi aplikasi MySejahtera tidak diperakui sebagai bukti sudah lengkap imunisasi.

Susulan itu, pihak Kedutaan Besar Malaysia telah campur tangan memohon pertimbangan khas kerajaan Filipina namun gagal dan mereka akan diusir balik ke negara ini pada Selasa.

Setakat ini, IATF memperakui sijil vaksinasi dikeluarkan Bahrain, Brazil, Hong Kong, Israel, Korea Selatan, Slovenia, Switzerland, Timor Leste dan Qatar untuk dapat memasuki Filipina.

Mengulas lebih lanjut, Setiausaha Kabinet yang pemangku jurucakap Presiden Filipina, Karlo Nograles berkata, IATF sudah menandatangani Resolusi No.161 untuk Malaysia dan Ireland.

“Perakuan ini dikeluarkan atas saranan oleh pihak Jabatan Luar Negeri Filipina (DFA) bagi membolehkan ketibaan dengan protokol dan pergerakan antara zon di negara itu,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Sijil vaksinasi Malaysia diperakui negara Filipina

Sijil vaksinasi Malaysia diperakui negara Filipina — MYKMU.NET 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo syaifulloh bin imam muhtasari kontraktor bina rumah ibs saif muhtar

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list