Artikel Terkini

Sultan Selangor titah kawasan hutan simpan kekal dipelihara

Sultan Selangor titah kawasan hutan simpan kekal dipelihara
Sultan Selangor titah kawasan hutan simpan kekal dipelihara 1

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor menitahkan kawasan hutan simpan kekal di negeri itu yang berkeluasan 108,000 hektar itu terus dipelihara.

Malah, Sultan Sharafuddin Idris Shah mencadangkan agar kerajaan negeri melanjutkan tempoh pemantauan dasar pembalakan yang kini ditetapkan selama 25 tahun untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal sejak 2009.

Ini termasuk penguatkuasaan yang lebih berkesan bagi mengelak pencerobohan hutan daripada berlaku.

Baginda berkata demikian selepas menerima mengadap Pengarah Perhutanan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang baharu, Azhar Ahmad di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada pertemuan itu, baginda turut berkenan agar nama hutan simpan kekal di negeri Selangor itu dinamakan semula sebagai Hutan Warisan Diraja Negeri Selangor ketika dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos nanti.

Baginda juga percaya, usaha Jabatan Perhutanan Negeri untuk mengekalkan kehijauan di hutan simpan kekal ini akan dapat turut dirasai oleh rakyat menerusi perancangan menyediakan laluan pendakian terkawal di beberapa lokasi.

Baginda juga telah menitahkan agar Raja Muda Selangor yang memiliki ijazah dalam Ekologi dan Biologi Alam Sekitar, untuk memantau rapat usaha-usaha mengekalkan persekitaran hijau di negeri Selangor dengan sasaran penanaman tidak kurang 11 juta pokok menjelang tahun 2026.

Sultan Selangor berpandangan kerjasama antara Jabatan Perhutanan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha-usaha konservasi serta kajian berterusan akan membolehkan kawasan hutan simpan kekal ini dimanfaatkan ke arah memelihara warisan geologi, budaya dan biologi sebagai Geopark Kebangsaan yang ketujuh di Malaysia. – MalaysiaGazette

Sultan Selangor titah kawasan hutan simpan kekal dipelihara 1 kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah

See also  Ahmad Maslan rajin masak, kongsi resipi 'Migam' pula
rumah batu-bata
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

[sociallocker id=”61266″]download pdf 600x175[/sociallocker]


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo